Pasar Tanjung Luar Lombok, Indonesia
Tanjung Luar merupakan sebuah kampung di Daerah Keruak, Kabupaten Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, dikenali sebagai pusat perdagangan hasil tangkapan laut terbesar di Lombok, Indonesia.
Pada setiap hari, ketika awal pagi, pelabuhan dan pasar ikan di Tanjung Luar sudah dipenuhi dengan kesibukan nelayan dan pembeli. Pasar menjadi semakin meriah dengan kehadiran nelayan yang baru kembali dari laut pada awal pagi dengan membawa pelbagai jenis ikan dan hasil laut lainnya.
Kereta kuda yang menjadi kenderaan mengangkut ikan bagi pemajak salah satu keunikan di sini.Pasar ini juga menjadi tempat kegemaran bagi para jurugambar yang ingin merakamkan detik kehidupan pasar yang dinamik dan berwarna-warni, lengkap dengan pemandangan pantai yang indah dengan deretan perahu nelayan yang bersauh memenuhi ruang pesisir pantainya.
Pelbagai jenis ikan boleh ditemui di pasar ini, dari ikan kecil hingga yang bersaiz besar. Penjual dan pembeli kelihatan berinteraksi dengan penuh semangat, terutamanya ketika sesi tawar-menawar. Para wanita pula membawa ikan mengguna besen di atas kepala mereka, ada juga yang mengangkat kiub ais sedia untuk dimuatkan ke dalam perahu bagi memastikan ikan tetap segar.
Pasar ini terletak sekitar 150 km dari Kota Mataram, dengan masa perjalanan sekitar 2 jam. Apabila waktu tengah hari hampir tiba, kesibukan mulai berkurang. Nelayan bersiap untuk keluar ke laut lagi, sementara aktiviti di pasar beralih kepada pedagang barang terpakai, di mana harga ikan yang dijual boleh berbeza berbanding dengan ikan yang dibeli terus dari perahu nelayan.