Posts

Showing posts from 2025

Telefon Pintar, Pintar kah Kita?

Image
Telefon pintar telah menjadi alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia menawarkan pelbagai kebaikan yang memudahkan kehidupan, tetapi dalam masa yang sama, ia juga membawa beberapa kesan negatif jika digunakan secara berlebihan dan tidak terkawal. Pertama sekali, telefon pintar adalah alat perhubungan yang sangat berkesan. Ia membolehkan kita berhubung dengan keluarga, rakan, dan kenalan melalui panggilan suara, panggilan video dan aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram. Ini sangat penting terutamanya dalam situasi kecemasan atau ketika kita berada jauh dari orang yang tersayang . Selain itu, telefon pintar juga memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Dengan akses kepada internet, pelajar boleh mencari maklumat dan sumber pendidikan dengan mudah. Aplikasi seperti Zoom dan Google Classroom memudahkan pembelajaran jarak jauh, terutamanya semasa pandemik COVID-19. Telefon pintar juga membolehkan kita mendapatkan maklumat terkini dengan cepat. Dengan apl...

Pasar Tanjung Luar Lombok, Indonesia

Image
Tanjung Luar merupakan sebuah kampung di Daerah Keruak, Kabupaten Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, dikenali sebagai pusat perdagangan hasil tangkapan laut terbesar di Lombok, Indonesia. Pada setiap hari, ketika awal pagi, pelabuhan dan pasar ikan di Tanjung Luar sudah dipenuhi dengan kesibukan nelayan dan pembeli. Pasar menjadi semakin meriah dengan kehadiran nelayan yang baru kembali dari laut pada awal pagi dengan membawa pelbagai jenis ikan dan hasil laut lainnya.  Kereta kuda yang menjadi kenderaan mengangkut ikan bagi pemajak salah satu keunikan di sini. Pasar ini juga menjadi tempat kegemaran bagi para jurugambar yang ingin merakamkan detik kehidupan pasar yang dinamik dan berwarna-warni, lengkap dengan pemandangan pantai yang indah dengan deretan perahu nelayan yang bersauh memenuhi ruang pesisir pantainya. Pelbagai jenis ikan boleh ditemui di pasar ini, dari ikan kecil hingga yang bersaiz besar. Penjual dan pembeli kelihatan berinteraksi dengan penuh semangat, terutam...