Taiwan Syurga Skuter

Taiwan Syurga Skuter kerana budaya, infrastruktur, dan jumlah skuter yang begitu banyak di jalan raya. Aspek unik ini menjadikan Taiwan sebuah tempat yang bukan sahaja mudah diakses tetapi juga penuh dengan keunikan budaya.

    Dari apa yang dapat aku lihat, skuter menjadi pengangkutan paling popular di sini. Berkemungkinan juga ianya adalah pilihan yang menjimatkan, cekap bahan api, dan sesuai untuk jalan-jalan sempit di kawasan bandar dan luar bandar.


Kawasan bandar Taipei yang dipenuhi dengan pengguna motorsikal jenis skuter.



Skuter dijadikan sebagai pengangkut barang-barang keperluan.


Perkhidmatan penghantaran makanan juga menggunakan skuter.



Lorong-lorong sempit di Taiwan



Skuter Polis peronda


Taiwan mempunyai rangkaian lorong khas untuk skuter, kawasan parkir yang luas, dan lebuh raya khusus untuk skuter di beberapa tempat, menjadikan pengalaman menunggang lebih mudah dan selamat.



Sepanjang pemerhatian aku di sini, skuter bukan sekadar alat pengangkutan; ia adalah gaya hidup. Tidak hairanlah melihat keluarga menunggang bersama dengan skuter yang sarat dengan barangan dari pasar tempatan.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan