Posts

Showing posts from December, 2024

Taiwan Syurga Skuter

Image
Taiwan Syurga Skuter kerana budaya, infrastruktur, dan jumlah skuter yang begitu banyak di jalan raya. Aspek unik ini menjadikan Taiwan sebuah tempat yang bukan sahaja mudah diakses tetapi juga penuh dengan keunikan budaya.     Dari apa yang dapat aku lihat, skuter menjadi pengangkutan paling popular di sini. Berkemungkinan juga ianya adalah pilihan yang menjimatkan, cekap bahan api, dan sesuai untuk jalan-jalan sempit di kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan bandar Taipei yang dipenuhi dengan pengguna motorsikal jenis skuter. Skuter dijadikan sebagai pengangkut barang-barang keperluan. Perkhidmatan penghantaran makanan juga menggunakan skuter. Lorong-lorong sempit di Taiwan Skuter Polis peronda Taiwan mempunyai rangkaian lorong khas untuk skuter, kawasan parkir yang luas, dan lebuh raya khusus untuk skuter di beberapa tempat, menjadikan pengalaman menunggang lebih mudah dan selamat. Sepanjang pemerhatian aku di sini, skuter bukan sekadar alat pengangkutan; ia adalah gaya hidup. Tida