Posts

Showing posts from 2024

Taiwan Syurga Skuter

Image
Taiwan Syurga Skuter kerana budaya, infrastruktur, dan jumlah skuter yang begitu banyak di jalan raya. Aspek unik ini menjadikan Taiwan sebuah tempat yang bukan sahaja mudah diakses tetapi juga penuh dengan keunikan budaya.     Dari apa yang dapat aku lihat, skuter menjadi pengangkutan paling popular di sini. Berkemungkinan juga ianya adalah pilihan yang menjimatkan, cekap bahan api, dan sesuai untuk jalan-jalan sempit di kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan bandar Taipei yang dipenuhi dengan pengguna motorsikal jenis skuter. Skuter dijadikan sebagai pengangkut barang-barang keperluan. Perkhidmatan penghantaran makanan juga menggunakan skuter. Lorong-lorong sempit di Taiwan Skuter Polis peronda Taiwan mempunyai rangkaian lorong khas untuk skuter, kawasan parkir yang luas, dan lebuh raya khusus untuk skuter di beberapa tempat, menjadikan pengalaman menunggang lebih mudah dan selamat. Sepanjang pemerhatian aku di sini, skuter bukan sekadar alat pengangkutan; ia adalah gaya hi...

Starlink di pulau Labuan

Image
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Hari ini aku ingin berkongsi sedikit mengenai percubaan  network Starlink di Pulau Labuan di tempat aku bekerja. Starlink merupakan perkhidmatan internet satelit yang dijalankan oleh SpaceX, syarikat milik Elon Musk dengan menggunakan beribu-ribu satelit yang mengorbit Bumi.    Peralatan dan p emasangannya yang sangat ringkas dan mudah, semuanya 'plug & play' saja. Peralatan boleh dibeli terus dari laman web S tarlink  dengan harga RM2400 termasuk penghantaran, langganan internetnya pula RM220 sebulan tanpa kontrak.  Unboxing Starlink yang baru diterima dari Space X. Router Starlink Untuk percubaan pemasangan aku bersama rakan sekerja mencari tempat lapang, memandangkan kawasan tempat aku bekerja  banyak halangan seperti bangunan-bangunan tinggi yang menghalang untuk mendapatkan signal dari Space X Satelite.  Aku memilih Roof Top sebagai kawasan percubaan. Boleh gunakan apps yang disediakan untuk me...