Tahun Baharu Cina 2023

Tahun Baharu Cina disambut meriah di seluruh negara selepas dua tahun perayaan itu diraikan secara sederhana susulan pandemik Covid-19.

Kali ini aku berkesempatan merakamkan beberapa gambar suasana kemeriahan Tahun Baharu Cina di Kota Kinabalu untuk dikongsikan di sini.


Suasana pasar malam di Segama yang sesak ketika masyarakat kaum cina membuat persiapan akhir sebelum menjelangnya Tahun Baharu Cina.


Hiasan tanglung menghiasi kawasan segama, Kota Kinabalu



Hiasan-hiasan Tahun Baharu Cina di Kawasan Sekitar Gaya Street. 

Hiasan tanglung memenuhi jalan di sekitar kawasan Gaya Street

Suasana Tokong sekitar Kota Kinabalu ketika malam Sambutan Tahun Baharu Cina


Tokong Peak Nam Toong



Bunga api yang dipasang oleh masyarakat kaum cina di kawasan perumahan Kepayan memeriahkan suasana malam ambang Tahun Baharu Cina yang sempat aku rakamkan dari hotel tempat aku menginap.


Sekian dulu perkongsianku, terima kasih kerana sudi singgah.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan