Posts

Showing posts from January, 2023

Tahun Baharu Cina 2023

Image
Tahun Baharu Cina disambut meriah di seluruh negara selepas dua tahun perayaan itu diraikan secara sederhana susulan pandemik Covid-19. Kali ini aku berkesempatan merakamkan beberapa gambar suasana kemeriahan Tahun Baharu Cina di Kota Kinabalu untuk dikongsikan di sini. Suasana pasar malam di Segama yang sesak ketika masyarakat kaum cina membuat persiapan akhir sebelum menjelangnya Tahun Baharu Cina. Hiasan tanglung menghiasi kawasan segama, Kota Kinabalu Hiasan-hiasan Tahun Baharu Cina di Kawasan Sekitar Gaya Street.   Hiasan tanglung memenuhi jalan di sekitar kawasan Gaya Street Suasana Tokong sekitar Kota Kinabalu ketika malam Sambutan Tahun Baharu Cina Tokong  Peak Nam Toong Bunga api yang dipasang oleh masyarakat kaum cina di kawasan perumahan Kepayan memeriahkan suasana malam ambang Tahun Baharu Cina yang sempat aku rakamkan dari hotel tempat aku menginap. Sekian dulu perkongsianku, terima kasih kerana sudi singgah.