Suasana sibuk di sebuah bandar maju di tengah Kuala Lumpur yang sempat aku rakamkan ketika lawatan kerja aku di sini. Bukit Bintang merupakan salah satu kawasan membeli-belah dan hiburan yang masyhur sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan ini menempatkan banyak sekali pusat membeli-belah utama, kafe, kelab malam dan sebagainya. Kawasan Pavilion yang dipenuhi oleh pejalan kaki Laluan Bintang Walk yang terletak di sepanjang barisan pusat membeli-belah di jalan Bukit Bintang menjadikannya salah satu kawasan beli-belah tersibuk untuk dikunjungi oleh pelancong dan penduduk setempat. Stesen MRT Pavilion yang menghubungkan Bukit Bintang dengan kawasan-kawasan lain di sekitar ibu Kota Kuala lumpur. Suasana jalan raya sibuk dengan ribuan kenderaan yang melalui kawasan ini.