Pelangi indah di pagi hari

Jumaat yang indah bersama pelangi yang muncul mewarnai pagi jumaat yang penuh barakah. 
Rezeki dalam bentuk gambar walaupun hanya sempat aku rakamkan dengan lensa kamera telefon bimbit untuk aku kongsikan di sini.


Syukur Alhamdulillah masih dapat merakamkan moment indah sebegini. Jarang sekali melihat sang pelangi di atas perkampungan air Patau-Patau 2 ditambah dengan perahu nelayan yang seperti mengerti yang aku inginkannya lalu di situ seolah-olah menuju ke arah gerbang berwarna warni.



Terasa amat amat rugi hari ini kerana kamera tertinggal buat pertama kali nya setelah sekian lama menjadi pendamping ke mana saja aku ingin pergi.
Salam jumaat yang indah.. Semoga segala amalan kita di dunia ini diterima oleh Allah. Sekian dulu nukilanku untuk hari ni.. 
Assalamualaikum semua.. 
Maafkan aku jika ada salah ku..

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan