Pelangi indah di pagi hari
Jumaat yang indah bersama pelangi yang muncul mewarnai pagi jumaat yang penuh barakah. Rezeki dalam bentuk gambar walaupun hanya sempat aku rakamkan dengan lensa kamera telefon bimbit untuk aku kongsikan di sini. Syukur Alhamdulillah masih dapat merakamkan moment indah sebegini. Jarang sekali melihat sang pelangi di atas perkampungan air Patau-Patau 2 ditambah dengan perahu nelayan yang seperti mengerti yang aku inginkannya lalu di situ seolah-olah menuju ke arah gerbang berwarna warni. Terasa amat amat rugi hari ini kerana kamera tertinggal buat pertama kali nya setelah sekian lama menjadi pendamping ke mana saja aku ingin pergi. Salam jumaat yang indah.. Semoga segala amalan kita di dunia ini diterima oleh Allah. Sekian dulu nukilanku untuk hari ni.. Assalamualaikum semua.. Maafkan aku jika ada salah ku ..