Skate Jamm Island Attack 2022

Suasana sekitar Program 'Skate Jamm Island Attack' yang berlangsung di Victoria Skate Park Labuan hari ini yang disertai oleh 60 peserta dari Labuan, Sabah dan Kuala Lumpur.


Program ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan Ekstrem WP Labuan bersama Pentagoras dan turut ditaja oleh 33 brand company daripada China, Kuala Lumpur, Sabah & Labuan.


Program sebegini bertujuan untuk mengaktifkan dan memeriahkan kembali aktiviti sukan ekstrem di WP Labuan setelah 2 tahun berada di fasa pandemik.
Disamping itu juga ianya dapat memperkenalkan Pulau Labuan sebagai salah satu lokasi penganjuran sukan ekstrem yang aktif di Borneo serta dapat menarik minat atlit-atlit seluruh Malaysia untuk datang ke sini.












Aksi-aksi para peserta yang sempat aku rakamkan.



Aksi peserta tunggal wanita Maria Masikah 19, yang turut serta dalam program ini.




Penganjuran program yang berlangsung selama sehari ini juga bakal menjadi salah satu cara untuk menarik lebih ramai minat belia-belia di pulau ini untuk menyertai aktiviti lasak dengan fasiliti sedia ada di sini.








Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan