Tunggang Uji - Skuter SYM Jet X 150
Skuter berjenama SYM...
Bolehkah ianya tahan untuk jalan jauh?
Panjat bukit yang tinggi?
Adakah jimat minyak?
Hari ini aku menunggang uji prestasi skuter SYM Jet X 150 yang baru dibeli pada bulan lepas bertemankan sahabat aku Matbon yang menggunakan motosikal Honda RS150 sambil merehatkan minda menikmati pemandangan semulajadi yang indah di sepanjang perjalanan.
Kami memulakan perjalanan seawal 6.30 pagi menggunakan feri kenderaan dan penumpang yang menjadi penghubung pulau Labuan dengan tanah besar Sabah.
Perjalanan sejauh 420KM bermula dari Menumbok Sabah.
Bergambar kenang-kenangan sebelum bermulanya pendakian.
Melalui jalan berbukit merentasi laluan Banjaran Crocker di bukit Kimanis menuju ke Keningau Sabah.
Jalan ini sememangnya terkenal dengan kecuraman dan ketinggian mencanak sehingga 1200 Mtr.
Alhamdulillah berjaya sampai di puncak Manis-manis Resort Crocker Range tanpa sebarang masalah.
Taman Banjaran Crocker Keningau Sabah
Kami meneruskan perjalanan pulang melalui jalan Gunung Alab Tambunan.
Suasana di Gunung Alab yang kelihatan segar dengan udara yang nyaman dan sejuk.
Kenapa aku beli scooter ini?
Reka bentuk moden yang sangat menarik dan menawan kalbu..ala-ala Transformer...
Setelah ditunggang uji, Ianya sangat selesa dengan kedudukan penunggang yang terasa santai ketika menunggangnya.
Disamping itu, ianya lasak digunakan untuk perjalanan yang jauh.
Pengunaan petrol yang tidaklah membebankan. RM23 untuk perjalanan sejauh 420KM dalam keadaan jalan yang tidak menentu.
Aku sempat juga menguji kelajuan maxima untuk jentera ini. WOW! skuter standard mencecah 130kmj.
Terima kasih kerana sudi membaca coretanku kali ini.