Sudah kamu beli tiket FERI Raya?

Perkhidmatan feri kenderaan dan penumpang yang menjadi pengangkutan penting menghubungkan pulau Labuan dengan tanah besar Sabah, memandangkan jambatan Labuan ke Menumbok yang masih dalam perancangan dan hanya hangat diperbualkan ketika pilihan raya yang menjelang setiap lima tahun sekali.
Setiap kali perayaan menjelma, perkhidmatan ini bakal menjadi perkhidmatan yang paling sibuk kerana kebanyakan penduduk yang bermastautin di pulau ini bakal pulang ke kampung halaman masing-masing di Sabah dan juga Sarawak.
Kali ini aku sendiri menyaksikan tiket-tiket feri kenderaan untuk musim perayaan hari raya Aidilfitri sudah habis terjual memandangkan sebelum ini wujudnya kekangan untuk pulang ke kampung disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid19.


Kelihatan dua buah feri dari dua pengusaha feri yang berlainan sedang menuju ke destinasi masing-masing.



Feri Putrajaya yang berjadual 7.30 pagi sedang dalam perjalanan ke Menumbok Sabah.



Feri Blue Ocean yang yang berjadual 6.00 pagi dari Menumbok Sabah sedang menuju ke Terminal Feri RORO Labuan.



Kelihatan sebuah feri kenderaan sedang diselenggara oleh Labuan Shipyard & Engineering sebagai persediaan menghadapi musim perayaan yang sibuk.

Semoga ekonomi di Labuan kembali pulih dan rancak seperti sediakala. Sekian dulu coretanku kali ini. Terima kasih kerana sudi singgah.

---Assalamualaikum w.b.t ---

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan