Sudah kamu beli tiket FERI Raya?
Perkhidmatan feri kenderaan dan penumpang yang menjadi pengangkutan penting menghubungkan pulau Labuan dengan tanah besar Sabah, memandangkan jambatan Labuan ke Menumbok yang masih dalam perancangan dan hanya hangat diperbualkan ketika pilihan raya yang menjelang setiap lima tahun sekali. Setiap kali perayaan menjelma, perkhidmatan ini bakal menjadi perkhidmatan yang paling sibuk kerana kebanyakan penduduk yang bermastautin di pulau ini bakal pulang ke kampung halaman masing-masing di Sabah dan juga Sarawak. Kali ini aku sendiri menyaksikan tiket-tiket feri kenderaan untuk musim perayaan hari raya Aidilfitri sudah habis terjual memandangkan sebelum ini wujudnya kekangan untuk pulang ke kampung disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid19. Kelihatan dua buah feri dari dua pengusaha feri yang berlainan sedang menuju ke destinasi masing-masing. Feri Putrajaya yang berjadual 7.30 pagi sedang dalam perjalanan ke Menumbok Sabah. Fer