Pertandingan Battle Of The Band Labuan
Hari ini aku berkesempatan untuk menyaksikan pertandingan Battle Of The Band yang berlangsung di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan yang telah sekian lama tidak diadakan di pulau bebas cukai ini disebabkan oleh Pandemik.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan ini sepatutnya berlangsung ketika Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang lepas, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana penularan varian Omicron yang sangat membimbangkan.
Walaubagaimanapun suasana dilihat sangat meriah dengan persembahan para perserta yang bersemangat sehingga mengujakan para penonton yang hadir.
Di sini aku kongsikan sedikit gambar untuk dijadikan kenangan pada masa yang akan datang.
Kumpulan OTP yang muncul sebagai Juara.
Seorang penonton mengambil peluang merakamkan pesembahan dari peserta dengan telefon pintarnya.
Pemain drum cilik yang berumur 8 tahun sedang beraksi.
Suasana meriah di dalam dewan dengan kelipan lampu telefon bimbit oleh para penonton yang teruja ketika menikmati persembahan mereka.
'Head banging'