Gambar sekitar Labuan Rugby 7s Invitational Friendly 2022 yang berlangsung di padang ragbi Perbadanan Labuan yang dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Labuan pada 27 Mac 2022.
Bagi menyampaikan hajatku yang lama terpendam. Aku cuba untuk membuat modifikasi pada sebuah motosikal LC 135 v1 mengikut pandangan mata ku sendiri. Sudah lama ia menjadi lukisan, tetapi tidak mampu pada masa dahulu. Biarlah ianya menjadi kenangan dalam hidup..
Hujung minggu yang amat membosankan di Pulau labuan ni. Aku meluangkan masa untuk EX5 fi aku. Minggu ni tiada aktiviti berkonvoi jadi aku membuat sedikit pengubahsuaian untuk sistem brek. Sememangnya EX5 hanya menggunakan sistem brek drum di bahagian depan dan belakang. Bagi mendapatkan cengkaman yang lebih baik ketika membrek, aku mengubahnya menggunakan sistem brek cakera (brake disk) untuk bahagian hadapan dengan menyalin kembali sistem brek dari honda jenis wave 125. Fork depan juga menggunakan fork honda wave 125. Aku memilih cakera 300mm untuk menjadikan ex5 fi ini lebih menarik.
Hari ini, Ramadhan masuk hari yang ke 24. Alhamdulillah diberi kesihatan dalam melaksanakan ibadah puasa. Selesai solat subuh aku mengambil kesempatan untuk membaca Al-quran kerana selalunya pandai datang penyakit malas membelenggu diri. Aku mendapat mesej dari seorang sahabat, Amir yang memperlihatkan keindahan suasana matahari terbit hari ini. Aku bergegas menggunakan motosikal ke Kg. Tanjung Aru Labuan. Alhamdulillah dengan keadaan cuaca yang baik, Keindahan Gunung Kinabalu dapat dilihat jelas dari sini. Memang sudah lama aku inginkan untuk mendapatkan moment seperti ini. Pemandangan matahari terbit di kg. Tanjung Aru Labuan. Kelihatan bayang seorang nelayan sedang mencari rezeki berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang indah. Gunung Kinabalu jelas kelihatan dari kawasan Anjung Ketam, Kg. Tanjung Aru Labuan ketika matahari terbit dan cuaca baik. Anjung Ketam merupakan salah satu tempat makanan laut yang terkenal di W.P Labuan. Kelihatan seorang nelayan
Kali ini aku ingin bercerita sedikit tentang hobi. Selain daripada fotografi, menyelam dan videografi di dasar laut, aku juga meminati aktiviti berkonvoi menggunakan motosikal kapcai kerana perjalanan yang sangat jimat dan membolehkan aku untuk menikmati keindahan alam dan dikongsikan dengan lensa kamera. Aku dan kawan-kawan sebenarnya sudah merancang untuk menjelajah Borneo tetapi semuanya terbantut kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih lagi berkuatkuasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Apabila keadaan pulih kelak aku akan meneruskan rancangan yang telah tergendala. Untuk perjalanan yang lebih stabil aku melakukan sedikit upgrade dengan mengubahsuai motosikal Honda RS150R aku dengan memasukkan rim yang bersaiz lebar sedikit dari saiz asal. Aku memilih rim standard dari Yamaha Y15ZR V2 untuk diguna pakai di motosikal aku memandangkan saiznya yang bagi aku amat sesuai kerana bersaiz 3.5". Rim tersebut aku perolehi dari sepupuku (HiRey) yang
Boring dengan warna standard kerja-kerja yang dibuat oleh my cousin..thanks geng.. warna pula macam tak mengena dengan rim Cuba-cuba guna rim hitam patern MBX yang di keluarkan oleh Racing Boy. Siap la sedikit tapi masih ada yang perlu dibuat lagi ni Projek yang belum menjadi, belum jumpa bakul Layan Konvoi naik bukit Kimanis batu 16 Ex5 dream FI 110 Santai petang bersamanya menunggu matahari terbenam.
Ekspedisi bermotorsikal dari Labuan Ke Tawau Sabah dengan jarak ulang-alik sejauh 1000 kilometer menggunakan motorsikal Honda EX5 pada april 2019. Kos petrol cuma RM50 sahaja. Kami disajikan pemandangan indah berbukit-bukau yang menghijau melalui jalan kalabakan. Perjalanan yang santai dan berhenti di beberapa persinggahan untuk ziarah dan ibadah. Bergambar sebelum menaiki bukit kimanis Perjalanan menuju ke Tawau melalui jalan Keningau - Kalabakan yang mendamaikan. Singgah solat jumaat di masjid felda Kalabakan Rehat sebentar 81km sebelum sampai ke Tawau Berhenti di bulatan Kalabakan untuk berehat makan. Kami sempat bergambar kenangan-kenangan sebelum meneruskan perjalanan. Ada sudah bau-bauan Tawau. Selamat sampai di Homestay yang terletak berdekatan dengan bandar Tawau yang kami sewa Rm200 semalam. Sahabat-Sahabat kelihatan riang setelah sampai di sini. Seharian melalui jalan yang sangat memenatkan. Masjid Alkautsar T
KITA KASI JADI.. Ayat ni selalu bermain di fikiranku terutama sekali bila ada misi-misi sukar untuk dibuat. Kali ini aku kongsikan pengalamanku dalam proses restorasi motosikal Honda EX5 Dream yang telah lama terbiar. Model EX5 Dream ini sudah tidak ada keluarannya lagi di pasaran. Motosikal ini adalah pemberian daripada seorang sahabat (Radenzul). Terima kasih Radenzul. Misi kali ini menelan belanja sedikit keras kerana keadaan motosikal yang agak teruk. Terlalu banyak alat-alat ganti yang perlu dibeli dan aku akan membeli yang baru dan memastikannya original . Sahabatku Basir menjadi pomen untuk projek aku kali ini. Restorasi ini tidak mengikut spec kilang kerana aku suka membuat sedikit modifikasi untuk kuasa enjin dan tahap keselamatan brek yang mencengkam. Keadaan motosikal yang telah lama terbiar ketika dihantar oleh Radenzul pada 22 September 2020. Keadaan enjin yang sudah barai Untuk proses restorasi EX5 ini aku serahkan kepada yang pakar. Sahabatku Basir memulakan tugasannya
Setelah selesai melaksanakan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia di kampung halamanku Bongawan Sabah. Aku pulang ke Labuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang mencari rezeki di perantauan. Hari ini keluar pula arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang mewajibkan semua individu yang baru pulang dari Sabah menjalani saringan saluran penafasan dan akan dikuarantin di rumah masing-masing bagi membendung wabak Pandemik Covid-19. Di sini aku kongsikan sedikit pengalaman aku ketika kembali ke Labuan dengan menggunakan feri kenderaan. Seorang doktor dari Labuan memberi penerangan kepada salah seorang penumpang feri kenderaan dari Sabah tentang procedure untuk masuk ke Labuan. Petugas-petugas KKM memberikan borang annex 14 kepada penumpang feri kenderaan untuk di isi awal bagi mengelakkan kesesakan di terminal feri Labuan. Penumpang feri diminta untuk mengimbas kod QR bagi mengisi borang mysejahtera yang telah disediakan oleh KKM Seorang lelaki diliha
Kali ni aku ingin berkongsi sedikit gambar motorsikal Honda RS150r yang telah aku modified suam-suam kuku hehe..pengubahsuaian cuma pada rim dan penukaran tayar yang lebih mencengkam, Aku memilih untuk menggunakan rim daripada jenama Racing Boy sp522 bersaiz 1.8 dibahagian hadapan manakala dibahagian belakang pula bersaiz 2.5. Penggunaan tayar bersaiz 80-80 dari jenama Corsa r26 dibahagian hadapan dan dibelakang bersaiz 110-70 jenama Pirelli Angle City. Sedikit barang kosmetik untuk menambahkan ke hensom an motorsikal RS150r ini. Bahagian enjin dikekalkan dalam keadaan standard cuma ada sedikit pengubahsuaian ke atas exhaust dengan menggunakan exhaust jenis CJ Ipoh cutting standard dan air filter berjenama KNN.
Pemasangan LED skrin besar di dataran Labuan oleh Perbadanan Labuan. LED skrin ini bersaiz 60 kaki X 20 kaki. Ianya merupakan LED skrin yang terbesar setakat ini di Borneo untuk orang awam. Semoga dengan pemasangan skrin ini dapat memberi menafaat kepada penduduk di sini dan dapat mengindahkan lagi kawasan dataran Labuan ini.