Pemandangan mentari terbit di Tanjung Aru Nelayan Labuan
Hari ini merupakan hari kedua cuti umum bagi merayakan Tahun Baharu Cina yang disambut oleh kaum cina di seluruh Malaysia. Aku dan rakan-rakan fotografi di sini meluangkan masa bersama untuk merakamkan suasana matahari terbit di Tanjung Aru Nelayan. Hari ini agak istimewa sedikit kerana sahabat lama ku yang juga pemilik laman web saifulrizan.com ada bersama-sama setelah sekian lama menyepi. Aku juga ditemani sahabat Rizuan dan Hj Zul.
Kelihatan dua orang nelayan sedang bersiap-sedia untuk memancing di pesisir pantai berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang tersergam indah di Tanah Besar Sabah.
Hj Zul dan Rizuan sedang khusyuk merakamkan suasana indah di sini.