Posts

Showing posts from February, 2022

MERINDING MTB PARK DOWNHILL ENDURO TIME TRIAL CHALLENGE 2.0

Image
  Pertandingan berbasikal 'mountain bike' Merinding MTB Park Downhill Enduro Time Trial CHALLENGE 2.0 yang di adakan di Bukit Merinding Labuan. Acara ini dianjurkan oleh JHK Event bersama MPPWPL Labuan. Seramai 37 peserta termasuk 5 orang peserta wanita mengikuti acara ini. Sebahagian peserta wanita yang mengikuti acara ini. Peserta dikehendaki mengimbas kod QR Mysejahtera sebelum memasuki kawasan perlumbaan. Urusetia acara ini norafezah dan Rosnini sempat bergambar kenangan-kenangan sebelum acara bermula. En. Jamil Hj Kario sebagai penganjur dari JHK event sempat bergambar bersama peserta pertama yang akan memulakan acara ini. Peserta dari Limbang Faizal Ismail bersama Arizul (Ben) dan Fazli Salah seorang petugas menjaga Check Point bersedia di lokasi yang telah disediakan. Diantara gambar aksi sebahagian peserta ketika perlumbaan yang berjarak sejauh 1 KM menuruni bukit. Pemandangan kawasan bandar Labuan dari atas bukit Merinding. Terima kasih kepada penganjur. Semoga acara

Pemandangan mentari terbit di Tanjung Aru Nelayan Labuan

Image
  Hari ini merupakan hari kedua cuti umum bagi merayakan Tahun Baharu Cina yang disambut oleh kaum cina di seluruh Malaysia. Aku dan rakan-rakan fotografi di sini meluangkan masa bersama untuk merakamkan suasana matahari terbit di Tanjung Aru Nelayan. Hari ini agak istimewa sedikit kerana sahabat lama ku yang juga pemilik laman web  saifulrizan.com  ada bersama-sama setelah sekian lama menyepi. Aku juga ditemani sahabat Rizuan dan Hj Zul . Sempat berselfie bersama rakan-rakan fotografi. Kelihatan dua orang nelayan sedang bersiap-sedia untuk memancing di pesisir pantai berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang tersergam indah di Tanah Besar Sabah. Hj Zul dan Rizuan sedang khusyuk merakamkan suasana indah di sini. Pemandangan pesisir pantai Tanjung Aru Nelayan yang sempat aku rakamkan ketika air surut besar.

Berkhemah di Polumpung Melangkap View Camp Site

Image
  Hujung minggu kali ni, aku menghabiskan masa dengan menunggang motorsikal dan berkhemah di Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS) bersama rakan-rakan yang meminati hobi yang sama sambil mencari-cari gambar untuk dikongsikan di sini. PMVCS terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Perjalanan sejauh 390km pergi dan balik dari Labuan ke sana agak sedikit memenatkan, memandangkan sudah lama tidak beraktiviti sebegini disebabkan oleh Perintah kawalan Pergerakan yang lalu kerana Pandemik. Walaubagaimanapun, perjalanan kali ini sangat bermakna, dapatlah aku menghilangkan stress yang membebani kepala dengan menikmati pemandangan indah ketika perjalananku ke sana. Sebelumnya aku terpaksa bergerak solo dari Labuan kerana ditinggal oleh penganjur kerana mereka menggunakan feri awal satu jam dari aku. Pada masa ini perkhidmatan feri RO-RO ataupun feri kenderaan dan penumpang sentiasa penuh kerana pemintaan yang tinggi oleh penduduk Labuan yang ingin keluar ke Sabah ketika cuti Perayaan Tahun Bah