Hujung minggu kali ni, aku menghabiskan masa dengan menunggang motorsikal dan berkhemah di Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS) bersama rakan-rakan yang meminati hobi yang sama sambil mencari-cari gambar untuk dikongsikan di sini. PMVCS terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Perjalanan sejauh 390km pergi dan balik dari Labuan ke sana agak sedikit memenatkan, memandangkan sudah lama tidak beraktiviti sebegini disebabkan oleh Perintah kawalan Pergerakan yang lalu kerana Pandemik. Walaubagaimanapun, perjalanan kali ini sangat bermakna, dapatlah aku menghilangkan stress yang membebani kepala dengan menikmati pemandangan indah ketika perjalananku ke sana.
Sebelumnya aku terpaksa bergerak solo dari Labuan kerana ditinggal oleh penganjur kerana mereka menggunakan feri awal satu jam dari aku. Pada masa ini perkhidmatan feri RO-RO ataupun feri kenderaan dan penumpang sentiasa penuh kerana pemintaan yang tinggi oleh penduduk Labuan yang ingin keluar ke Sabah ketika cuti Perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.
Syukur Alhamdulillah, aku sempat mengejar mereka dan berjumpa di pekan Tamparuli sebelum meneruskan perjalanan ke sana.
Suasana agak mendung ketika perjalanan kami. Bukit-bukau yang kelihatan berlapis-lapis mendamaikan hati.
Perjalanan yang banyak selekoh ketika menaiki bukit menuju ke Kundasang sehingga sampai di simpang jalan lama menuju ke Kota Belud.
Berhenti di simpang sebelum memasuki kawasan perkhemahan. Kami sempat mengambil gambar untuk dijadikan kenangan pada masa yang akan datang. Inilah sahabat-sahabat yang menemani perjalanan kali ini. Dari kiri Mohd Said, Azaharie, Mohd Haffizan, Jumian dan Mohd Sufri atau lebih dikenali dengan nama Boyudin yang juga merupakan rakan sekerja aku.
Ini dipanggil ride & Camping...
Boy sedang membuat perapan ayam untuk dijadikan santapan dimalam hari. Terima kasih sahabat-sahabat, mohon maaf aku hanya tumpang makan saja.Said sedang cuba menghidupkan bara api di tempat BBQ yang disewa dari pengusaha tempat camping ini dengan harga RM10.
Santapan Malam. Kepak ayam bakar dan sosej.
Kalau lapar mee Maggi pun boleh jadi.
Di mana pun kita berada, ibadah wajib perlu dilaksanakan. Semoga perjalanan kita sentiasa diberkati Insha Allah.
Aktiviti mandi-manda di sungai yang jernih. Air yang mengalir deras sangat menyegarkan tetapi perlu berjaga-jaga dari aspek keselamatan.
Haffizan sedang menikmati air sungai yang mengalir deras dari kawasan gunung.
Pelangi petang yang indah dan mengkagumkan.
Sekitar tapak sewaan perkhemahan. Seekor burung bangau dilihat sedang terbang melalui tapak perkhemahan.
Suasana malam di sini, diterangi lampu yang disediakan oleh pengusaha.
Santai kopi-kopi sambil menikmati suasana malam dengan bunyi deruan air sungai yang mengalir deras.
Santai berhujung minggu dengan aktiviti berkhemah sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan dengan keindahan alam bersama deruan air sungai mengalir jernih dari belakang gunung Kinabalu di Polumpung Melangkap View Camp Site.
Gambar Rider berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang kelihatan jelas pada awal pagi di sini.
Seawal jam 7 pagi kami berkemas untuk perjalanan balik semula ke Labuan. Dalam perjalanan balik kami disajikan pemandangan menghijau kawasan gunung-ganang yang menyegarkan.
Good Bye!!! Polumpung Melangkap.
Akhir sekali, Aku suka aktiviti Ride & Camping sambil-sambil mencari-cari gambar bikin kenangan. Aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress dikepala yang selalu membelenggu kita. Sekian dulu coretan ku untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.