Fotografi Outing pembuka tirai di tahun baharu
Fotografi outing sambil beriadah hiking bersama rakan-rakan fotografer di bukit Merinding pada awal pagi tahun baharu 2022.
Selesai menunaikan solat subuh aku dan rakan-rakan yang lain berkumpul di pintu masuk Trail Merinding atau dikenali sebagai MTB Park pada masa kini. Dalam suasana gelap kami memasuki Trail demi mengejar cahaya pertama matahari terbit dari puncak bukit Merinding. Tidak seperti yang diharapkan, cahaya pagi yang suram menanti sinar harapan di tahun baharu.
Aidil bersama lampu berada dihadapan kami semasa mendaki bukit Merinding.
Suasana laut pada awal pagi, kelihatan cahaya dari pelantar minyak menerangi laut yang masih samar-samar.
Suasana bandar Labuan pada awal pagi yang dapat dilihat dari sini. Kelihatan bangunan Kompleks Ujana Kewangan yang menjadi Ikon Labuan berlatarbelakangkan Banjaran Crocker.
Sebahagian dari sahabat fotografer yang sama-sama menikmati keindahan pagi di sini.
Kelihatan dua orang pendaki bukit sedang melalui kawasan ini. Suasana segar dengan kehijauan alam yang mendamaikan dapat dirasai oleh peminat aktiviti hiking di sini.
Selesai menunaikan solat subuh aku dan rakan-rakan yang lain berkumpul di pintu masuk Trail Merinding atau dikenali sebagai MTB Park pada masa kini. Dalam suasana gelap kami memasuki Trail demi mengejar cahaya pertama matahari terbit dari puncak bukit Merinding. Tidak seperti yang diharapkan, cahaya pagi yang suram menanti sinar harapan di tahun baharu.
Aidil bersama lampu berada dihadapan kami semasa mendaki bukit Merinding.
Suasana laut pada awal pagi, kelihatan cahaya dari pelantar minyak menerangi laut yang masih samar-samar.
Kawasan perindustrian minyak dan gas di Selatan Labuan kelihatan sedikit berkabus pada awal pagi.
Suasana kampung pada awal pagi kelihatan sangat mendamaikan.
Kabus rendah menutupi bagang-bagang di tengah laut berdekatan daerah Kuala Penyu yang sempat aku rakamkan menggunakan lensa Telephoto.
Sekian dulu coretan ku sebagai pembuka tirai pada tahun ini. Terima kasih kerana membaca.
-------Selamat Tahun Baharu 2022-------