Thaipusam 2022 di Labuan
Hari ini aku berkesempatan untuk merakamkan sedikit gambar suasana upacara sambutan hari Thaipusam oleh penganut hindu di W.P Labuan. Sambutan Thaipusam disambut secara sederhana dengan pematuhan sop yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID19 yang masih mengganas ketika ini. Thaipusam adalah upacara utama Hindu yang diadakan setiap tahun pada bulan penuh dalam bulan yang kesepuluh dalam kalendar Hindu – Thai – jatuh dari pertengahan Januari hingga pertengahan Februari dalam kalendar Gregory. Aku kongsikan sedikit gambar-gambar sekitar upacara sambutan berlangsung di salah sebuah kuil Thirumurugan yang terdapat di pulau ini. Sekian dahulu perkongsianku, Terima kasih kerana singgah....