Posts

Showing posts from 2022

Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari bukit Kokol

Image
Kali ini aku berkesempatan untuk merakamkan bandaraya Kota Kinabalu dari atas bukit Kokol yang terletak di Menggatal Sabah. Aku kongsikan beberapa gambar pemandangan indah awal pagi itu dari sini.

Bukit Bintang

Image
Suasana sibuk di sebuah bandar maju di tengah Kuala Lumpur yang sempat aku rakamkan ketika lawatan kerja aku di sini. Bukit Bintang merupakan salah satu kawasan membeli-belah dan hiburan yang masyhur sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan ini menempatkan banyak sekali pusat membeli-belah utama, kafe, kelab malam dan sebagainya. Kawasan Pavilion yang dipenuhi oleh pejalan kaki Laluan Bintang Walk yang terletak di sepanjang barisan pusat membeli-belah di jalan Bukit Bintang menjadikannya salah satu  kawasan beli-belah tersibuk untuk dikunjungi oleh  pelancong dan penduduk setempat.  Stesen MRT Pavilion yang menghubungkan Bukit Bintang dengan kawasan-kawasan lain di sekitar ibu Kota Kuala lumpur. Suasana jalan raya sibuk dengan ribuan kenderaan yang melalui kawasan ini.

Pelangi indah di pagi hari

Image
Jumaat yang indah bersama pelangi yang muncul mewarnai pagi jumaat yang penuh barakah.  Rezeki dalam bentuk gambar walaupun hanya sempat aku rakamkan dengan lensa kamera telefon bimbit untuk aku kongsikan di sini. Syukur Alhamdulillah masih dapat merakamkan moment indah sebegini. Jarang sekali melihat sang pelangi di atas perkampungan air Patau-Patau 2 ditambah dengan perahu nelayan yang seperti mengerti yang aku inginkannya lalu di situ seolah-olah menuju ke arah gerbang berwarna warni. Terasa amat amat rugi hari ini kerana kamera tertinggal buat pertama kali nya setelah sekian lama menjadi pendamping ke mana saja aku ingin pergi. Salam jumaat yang indah.. Semoga segala amalan kita di dunia ini diterima oleh Allah. Sekian dulu nukilanku untuk hari ni..  Assalamualaikum semua..  Maafkan aku jika ada salah ku ..

Skate Jamm Island Attack 2022

Image
Suasana sekitar Program 'Skate Jamm Island Attack' yang berlangsung di Victoria Skate Park Labuan hari ini yang disertai oleh 60 peserta dari Labuan, Sabah dan Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan Ekstrem WP Labuan bersama Pentagoras dan turut ditaja oleh 33 brand company daripada China, Kuala Lumpur, Sabah & Labuan. Program sebegini bertujuan untuk mengaktifkan dan memeriahkan kembali aktiviti sukan ekstrem di WP Labuan setelah 2 tahun berada di fasa pandemik. Disamping itu juga ianya dapat memperkenalkan Pulau Labuan sebagai salah satu lokasi penganjuran sukan ekstrem yang aktif di Borneo serta dapat menarik minat atlit-atlit seluruh Malaysia untuk datang ke sini. Aksi-aksi para peserta yang sempat aku rakamkan. Aksi peserta tunggal wanita Maria Masikah 19, yang turut serta dalam program ini. Penganjuran program yang berlangsung selama sehari ini juga bakal menjadi salah satu cara untuk menarik lebih ramai minat belia-belia di pulau ini untuk menyerta

Sudah kamu beli tiket FERI Raya?

Image
Perkhidmatan feri kenderaan dan penumpang yang menjadi pengangkutan penting menghubungkan pulau Labuan dengan tanah besar Sabah, memandangkan jambatan Labuan ke Menumbok yang masih dalam perancangan dan hanya hangat diperbualkan ketika pilihan raya yang menjelang setiap lima tahun sekali. Setiap kali perayaan menjelma, perkhidmatan ini bakal menjadi perkhidmatan yang paling sibuk kerana kebanyakan penduduk yang bermastautin di pulau ini bakal pulang ke kampung halaman masing-masing di Sabah dan juga Sarawak. Kali ini aku sendiri menyaksikan tiket-tiket feri kenderaan untuk musim perayaan hari raya Aidilfitri sudah habis terjual memandangkan sebelum ini wujudnya kekangan untuk pulang ke kampung disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid19. Kelihatan dua buah feri dari dua pengusaha feri yang berlainan sedang menuju ke destinasi masing-masing. Feri Putrajaya yang berjadual 7.30 pagi sedang dalam perjalanan ke Menumbok Sabah. Fer

Tunggang Uji - Skuter SYM Jet X 150

Image
Skuter berjenama SYM...   Bolehkah ianya  tahan untuk jalan jauh? Panjat bukit yang tinggi ? Adakah jimat minyak? Hari ini aku menunggang uji prestasi skuter SYM Jet X 150 yang baru dibeli pada bulan lepas bertemankan sahabat aku Matbon yang menggunakan motosikal Honda RS150 sambil merehatkan minda menikmati pemandangan semulajadi yang indah di sepanjang perjalanan. Kami memulakan perjalanan seawal 6.30 pagi menggunakan feri kenderaan dan penumpang yang menjadi penghubung pulau Labuan dengan tanah besar Sabah.  Perjalanan sejauh 420KM bermula dari Menumbok Sabah. Bergambar kenang-kenangan sebelum bermulanya pendakian. Melalui jalan berbukit merentasi laluan Banjaran Crocker di bukit Kimanis menuju ke Keningau Sabah.  Jalan ini sememangnya terkenal dengan kecuraman dan ketinggian mencanak sehingga 1200 Mtr.  Ternyata jentera ini tiada masalah ketika mendaki bukit yang tinggi dengan keadaan jarak yang jauh. Alhamdulillah berjaya sampai di puncak Manis-manis Resort Crocker Range tan