Posts

Showing posts from November, 2021

Pantai Kenangan Bongawan

Image
Awal pagi ini aku berkesempatan untuk meronda-ronda di pantai kenangan  yang terletak di kampung Biau Bongawan yang juga kampung halamanku. Pemandangan indah gunung Kinabalu dapat di lihat dari sini kerana cuaca yang cerah dengan jarak penglihatan persekitaran yang sangat baik ketika ini. Aktiviti riadah berbasikal di tepi pantai Kenangan berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang kelihatan jelas pada awal pagi. Destinasinya yang terletak kira-kira 30 minit dari pekan Papar ini mempunyai daya tarikannya tersendiri terutamanya pada waktu matahari terbenam dan terbit.  Keindahan panorama pantai ini menjadikan ianya destinasi pilihan penduduk setempat dan pelancong dari luar Sabah untuk menjalankan pelbagai aktiviti santai. Hari ini aku tidak berpeluang untuk mengambil gambar ketika matahari terbenam di sini. Insha Allah sekiranya ada masa aku akan datang ke sini lagi.

Suasana malam di Bandar Labuan

Image
Meluangkan masa Outing  santai bersama rakan-rakan fotografi di Labuan. Kali ni aku berkesempatan merakamkan sedikit suasana malam di bandar Labuan walaupun tidak seperti yang dirancang. Cuaca hujan tidak menghalang aku dan rakan-rakan yang lain untuk merakamkan suasana bandar ketika malam hari. Aku kongsikan sedikit gambar untuk dijadikan kenangan pada masa yang akan datang. Long exposure di jalan menuju ke round about bandar Labuan. Seorang lelaki dilihat sedang melalui lintasan jalan ketika hujan. Hotel Aifa di tengah pusat bandar. Tarikan baharu ketika malam di bandar Labuan. Taman Muhibbah juga dikenali sebagai taman Payau yang di pasang lampu berwarna warni. Kawasan ini kebiasaannya dikunjungi orang ramai. Keadaan sepi tidak berpengunjung kerana hujan. Lampu-lampu neon yang berwarna warni menghiasi kawasan ini. Beginilah suasana bandar Labuan selepas hujan. Kosong tapi masih nampak meriah dengan cahaya-cahaya lampu yang menarik.