Balik Kampung Fasa 4 PPN

Setelah lebih kurang tujuh bulan aku tidak pulang ke kampung halaman kerana halangan merentas negeri disebabkan oleh pandemik. Alhamdulillah, akhirnya aku berkesempatan untuk pulang bertemu kedua orang tua yang sangat aku rindui. Aku kongsikan sedikit gambar perjalanan balik ke kampung halaman untuk kenangan. Terasa seperti balik berhari raya.

Pemeriksaan tiket oleh petugas feri untuk kenderaan yang hendak masuk ke dalam feri.

Petugas feri dilihat sedang bertugas menyusun kenderaan yang sedang masuk di dalam feri.


Kelihatan dua orang pekerja sedang menarik tali sauh feri yang akan memulakan pelayaran. Feri Galaxy merupakan salah satu feri penumpang dan kenderaan yang menjadi pengangkutan penting menghubungkan pulau Labuan dengan tanah besar Sabah.  


Feri yang aku naiki tidak penuh, mungkin kerana masih awal dan  ramai yang memilih pelayaran jam 5.30 ptg.


Aku berkesempatan meninjau sendiri kawasan 'Deck Captain'. Melihat mereka melakukan kerja-kerja rutin ketika pelayaran.



Kapten dilihat sedang memeriksa buku log perjalanan kapal.


Aku disajikan pemandangan senja yang memukau. Kelihatan silhouette bangunan Kompleks Ujana Kewangan dari tengah Laut ketika pelayaran ini.


Pokok-pokok yang selalu mencuri perhatianku ketika pelayaran berulang alikku dari Labuan ke Menumbok Sabah. Kali ini ianya kelihatan rare dengan warna senja yang sedang berlabuh.



Sahabatku Khairul sedang santai berehat di luar kawasan penumpang ketika menunggu feri sampai ke destinasi kami di Menumbok.

Sekian dulu coretan ku untuk kali ini. Jumpa dientry yang akan datang. ----Terima Kasih kerana sudi melawat----





Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan