Double S 'Sunset & Sunrise' Di Labuan


Kali ini aku bersama rakan-rakan fotografi yang lain berpeluang untuk keluar 'Outing' dihujung minggu dalam program santai anjuran Tourism Malaysia bersama peminat fotografi Labuan. Program ini bertujuan untuk sama-sama mempromosikan keindahan pulau Labuan dari sudut fotografi. Bermula dari matahari terbenam di pantai Layang-Layangan sehinggalah matahari terbit di pantai Tanjung Aru Nelayan. Kami berpeluang untuk sama-sama menggambar tempat-tempat menarik untuk menikmati pemandangan 'Sunset', 'Sunrise' di Labuan sambil melakukan aktiviti perkhemahan di tepian pantai Kg. Tanjung Aru nelayan.

Salah seorang jurufoto sedang mengambil gambar di kawasan Geopark Labuan yang terletak di Layang-Layangan sementara menunggu matahari terbenam.


Beberapa orang jurufoto dilihat sedang merakamkan suasana matahari terbenam di kawasan Geopark Labuan berlatarbelakangkan Pulau Ular Layang-layangan.

Kredit gambar oleh Muqtadir Halim


Gambar sebahagian jurufoto yang datang ketika menggambar matahari terbenam di Layangan-Layangan. Seramai 11 orang jurufoto tempatan di Labuan terlibat dalam program ini. Mereka ialah Haji Zulkifle Hj Kassim, A Muqtadir halim, Ramlen Salleh, Hafizah Juman, Aidil Rafei, Kelvin Ah Kian, Ashraf Saimi, Mohd Khairul, Faiz Asali, Azmeizan dan aku sendiri.

Kredit gambar oleh Rowena Md Salleh



Pondok kecil tempat berehat di tepi pantai Tanjung Aru Nelayan yang tersedia oleh Komuniti Tanjung Aru Nelayan.

kupi-kupi dulu bilang sikawan..


Ust Bolkhizan dengan cawan ajaibnya yang direka khas semasa 'Camping'




Khairul sedang sibuk menyalakan unggun api ketika aktiviti perkhemahan di sini.


Aktiviti santai berkhemah sambil menikmati suasana malam di Tanjung Aru Nelayan sambil merehatkan minda setelah lama berkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.


Pada mulanya cuaca agak kurang baik dengan langit gelap bersama hujan sehinggalah jam 3.30 pagi cuaca berubah langit mula cerah. Kami bekesempatan melakukan aktiviti mencerap bintang menggunakan kamera masing-masing.

Star Trail at Tanjung Aru Nelayan


Selesai solat subuh berjemaah berbekalkan tikar kanvas yang disediakan oleh Aidil. Kami disajikan pemandangan indah Gunung Kinabalu dikejauhan. Kali ini, gunung kelihatan sangat jelas kerana cuaca dan jarak pemandangan persekitaran yang baik kerana hujan yang turun semalam.


Kelihatan seorang pemancing yang baru turun ke laut ketika matahari terbit berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang tersergam indah.


Sahabat aku Muqtadir dilihat santai mengopi di tepian pantai sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu ketika matahari terbit.

Kredit gambar oleh Muqtadir Halim

Gambar kenangan-kenangan bersama sebahagian sahabat fotografi dan Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Labuan  Cik Nor hidayah di tepi Pantai Tanjung Aru Nelayan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Dari kiri gambar, Khairul, Meizan, Ramlen, Aidil, Kelvin, Aku sendiri, Cik Yaya, Faiz dan Ashraf. Terima kasih kepada Muqtadir diatas gambar yang sangat menarik ini.

Bagi aku, program sebegini sangat bagus dan perlu diteruskan. Sambil menggambar sambil mempromosikan tempat menarik di Labuan. Kita tidak mampu membantu dengan duit kita bantu dengan cara begini dalam memulihkan ekonomi di dalam pulau ini seterusnya menjadikannya sebagai tempat menarik untuk dilawati.

---Stay safe--  



Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan