Posts

Showing posts from August, 2021

Santai di Jeti Nelayan Labuan

Image
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari keempat Labuan beralih ke Fasa 4 PPN. Sangat bersyukur dengan kebebasan untuk keluar ke sana ke sini walau hanya di dalam pulau saja kerana pada masa ini cuma Labuan saja yang berstatus Fasa 4 PPN. Aku dan sahabat fotografi A Muqtadir dan Ramlen mengambil peluang untuk melepak sambil merehatkan minda dengan menikmati pemandangan indah pada waktu pagi di Jeti Nelayan kampung Tanjung Aru. Selesai solat subuh di rumah, kami berjanji untuk terus berjumpa di lokasi ini untuk sama-sama mengambil gambar panorama pagi di sini. Pada awalnya, suasana mendung menutupi Gunung Kinabalu yang kebiasaannya kelihatan dari sini sekiranya cuaca cerah dan jarak penglihatan persekitaran yang baik. Setiba aku di sini, kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk berseorang di jeti sambil menikmati pemandangan matahari terbit yang naik dari atas Banjaran Crocker di tanah besar Sabah. Muqtadir kelihatan sedang mencari sudut-sudut menarik untuk merakamkan suasana matahar