Setinggan dan Alam Sekitar
Pulau Labuan merupakan pulau yang sangat bersih dengan landskap persekitaran yang sangat menarik. Kawasan bandar dan kampung juga bersih dari pencemaran sampah sarap kerana masyarakat di sini terdidik untuk sama-sama mengekalkan kebersihan yang sedia ada. Pantai di sini juga sangat bersih malah ada kawasan pantainya yang pernah diiktiraf oleh United Nations Environment Programme (UNEP) pada 20 September 2008 atas kebersihan pantai berkenaan yang bebas daripada pencemaran.
Wujudnya kawasan setinggan yang tidak terkawal secara tidak langsung mengubah dan mencacatkan semua ini.
Kawasan sungai Gersik yang dicemari oleh sampah hasil dari kawasan setinggan ini.
Sampah-sampah yang dibuang mencemari sungai yang terdapat di sini. Pemandangan yang bagi aku sangat menjijikkan dan bakal memberi kesan buruk kepada industri pelancongan sekiranya tidak dapat ditangani dengan betul.
Penghadang perangkap sampah yang dipasang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan bagi memerangkap sampah dari terus mengalir mencemari kawasan sungai Gersik.
Sampah-sampah yang dibuang mencemari sungai yang terdapat di sini. Pemandangan yang bagi aku sangat menjijikkan dan bakal memberi kesan buruk kepada industri pelancongan sekiranya tidak dapat ditangani dengan betul.
Sebelum ini pelbagai usaha kerajaan dan NGO pernah dijalankan bagi menyelamatkan kawasan sungai di sini dari terus tercemar seperti gotong-royong membersihkan kawasan ini dan memasang penghadang bagi memerangkap sampah dari kawasan setinggan. Tapi bagi aku usaha ini bakal menjadi sia - sia sekiranya tiada kesedaran dari penghuni kawasan setinggan itu sendiri untuk sama - sama menjaga alam sekitar.
Burung jenis Rufous Night Heron melalui kawasan sungai tercemar. Spesis burung ini banyak menghuni kawasan ini.
Penghadang perangkap sampah yang dipasang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan bagi memerangkap sampah dari terus mengalir mencemari kawasan sungai Gersik.
Pemandangan indah sungai Gersik berlatar belakangkan Masjid Jamek An Nur di Pusat Bandar.
Sungai Gersik di belakang kawasan perindustrian automotif.
Kesimpulannya, kawasan setinggan yang terdapat di sini menjadi punca kepada pencemaran dan suasana begini boleh mendatangkan penyakit berjangkit yang sangat merbahaya. Ianya juga akan mencacatkan imej Labuan di mata luar yang sekarang ini dikenali sebagai pulau yang sangat bersih secara tidak langsung membawa kesan buruk kepada industri pelancongan.
Oleh yang demikian, perkara ini perlu diambil berat oleh pihak berwajib dengan melakukan pemantauan secara berkala bagi memastikan kawasan tersebut dapat dipulihkan. Penduduk kawasan setinggan itu juga harus diberi kesedaran yang mendalam untuk sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.