Siri gambar Gunung Kinabalu dari Labuan
Panorama indah Gunung Kinabalu yang menjadi Gunung tertinggi di Malaysia dapat dilihat jelas dari pesisir pantai bahagian timur pulau Labuan walaupun dalam jarak yang jauh terutama pada waktu awal pagi ketika cuaca baik. Ianya berpotensi menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat sendiri keindahan matahari terbit di Labuan.
Di sini aku kongsikan gambar - gambar Gunung Kinabalu yang aku rakamkan di sekitar Labuan pada masa dan suasana yang berbeza.
Diantara gambar Gunung Kinabalu terawal yang pernah aku rakamkan dari kampung Tanjung Aru Labuan, 19 September 2010.
Pemandangan Gunung Kinabalu yang megah ketika matahari terbit dilihat dari Perkampungan Nelayan di Pulau Labuan F.T Malaysia., 17 Mei 2020.

Gambar ini pernah tersenarai di dalam
Asian Geographic Images of Asia Monthly Competition September 2020 Winners and Finalists
Pemandangan dari Taman IOFC Kerupang Apartment., 18 Mei 2020.
Suatu petang yang mendamaikan di pantai Batu Manikar. Kelihatan seorang lelaki sedang memancing berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dikejauhan yang jarang sekali kelihatan pada waktu petang.
Aktiviti riadah berjoging pada awal pagi di jalan baharu Kerupang III yang semakin mendapat minat di kalangan masyarakat setempat berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang kelihatan jelas ketika matahari terbit.
Labuan, 24 September 2021.
Asian Geographic Images of Asia Monthly Competition September 2020 Winners and Finalists
Menikmati sambil merakamkan pemandangan indah Gunung Kinabalu di jambatan Tanjung Aru diawal pagi., 26 Mei 2020
Berjoging sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu di jalan baharu Tanjung Aru - Nagalang., 18 Mei 2020
Suasana pagi di Kg Nagalang. Kelihatan seorang lelaki sedang memukat ikan pada waktu pagi berlatarbelakangkan gunung Kinabalu., 25 Julai 2020. Foto Pilihan Bulan Julai 2020 The Biddy's.
Mentari pagi serlah Kinabalu dibalik bayang sipencari rezeki di pulau mutiara.
Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dari pesisir pantai kampung Tanjung Aru pada awal pagi ketika cuaca yang cerah dengan jarak penglihatan persekitaran yang baik. 6 Februari 2021. Foto Pilihan Bulan Februari 2021 The Biddy's.
Sekumpulan burung bangau yang sedang terbang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu pada awal pagi di Kampung Tanjung Aru Labuan.,
Labuan, 26 Mac 2021
Berjoging sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu di jalan baharu Tanjung Aru - Nagalang., 18 Mei 2020
Mentari pagi serlah Kinabalu dibalik bayang sipencari rezeki di pulau mutiara.
Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dari pesisir pantai kampung Tanjung Aru pada awal pagi ketika cuaca yang cerah dengan jarak penglihatan persekitaran yang baik. 6 Februari 2021. Foto Pilihan Bulan Februari 2021 The Biddy's.
Panorama indah mentari terbit di Tanjung Aru Labuan, 10 Februari 2021. Johan Fotografi Jelajah Labuan 2021
Sekumpulan burung bangau yang sedang terbang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu pada awal pagi di Kampung Tanjung Aru Labuan.,
Labuan, 26 Mac 2021
Bagang dan nelayan pagi. Tanjung Aru Labuan, 29 April 2021.
Bagang dan Nelayan pagi. Tanjung Aru Labuan, 2 Mei 2021.
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Beta Service Apartment di pusat bandar. Labuan, 16 Jun 2021.
Pemandangan Gunung Kinabalu dari pangsapuri Ganggarak Permai. Labuan, 29 Jun 2021.
Pemandangan matahari terbit di Tanjung Aru Labuan, Gunung Kinabalu kelihatan keemasan disinari matahari yang baru saja terbit dari horizon. Labuan, 14 Julai 2021.
Aktiviti riadah berjoging pada awal pagi di jalan baharu Kerupang III yang semakin mendapat minat di kalangan masyarakat setempat berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang kelihatan jelas ketika matahari terbit.
Labuan, 24 September 2021.
Apa yang pasti, setiap kali gambar diambil, suasananya pasti berlainan. Bukan selalu gunung ini akan kelihatan dari pandangan, tidak dapat dijanjikan kerana jaraknya yang sangat jauh dari sini dan mengharapkan cuaca yang sangat baik. Semua gambar - gambar yang aku ambil menggunakan telephoto lens 70-200mm, 300mm dan 500mm. Waktu paling sesuai mengambil gambar ini adalah pada awal pagi dengan cuaca yang baik.
Sekian dulu perkongsianku terima kasih kerana membaca.