Posts

Showing posts from July, 2021

Setinggan dan Alam Sekitar

Image
Pulau Labuan merupakan pulau yang sangat bersih dengan landskap persekitaran yang sangat menarik. Kawasan bandar dan kampung juga bersih dari pencemaran sampah sarap kerana masyarakat di sini terdidik untuk sama-sama mengekalkan kebersihan yang sedia ada. Pantai di sini juga sangat bersih malah ada kawasan pantainya yang pernah diiktiraf oleh United Nations Environment Programme (UNEP) pada 20 September 2008 atas kebersihan pantai berkenaan yang bebas daripada pencemaran. Wujudnya kawasan setinggan yang tidak terkawal secara tidak langsung mengubah dan mencacatkan semua ini. Hari ini aku berkesempatan meninjau kawasan setinggan berdekatan kampung Gersik kebetulan kawasan ini berdekatan dengan kawasan pusat servis kenderaan. Rumah-rumah dibina di kawasan paya bakau. Populasi mereka yang semakin meningkat mencemari kawasan ini dengan longgokkan sampah dari rumah-rumah mereka. Kawasan sungai Gersik yang dicemari oleh sampah hasil dari kawasan setinggan ini. Sampah-sampah yang dibuang menc

Siri gambar Gunung Kinabalu dari Labuan

Image
Panorama indah Gunung Kinabalu yang menjadi Gunung tertinggi di Malaysia dapat dilihat jelas dari pesisir pantai bahagian timur pulau Labuan walaupun dalam jarak yang jauh terutama pada waktu awal pagi ketika cuaca baik. Ianya berpotensi menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat sendiri keindahan matahari terbit di Labuan.  Di sini aku kongsikan gambar - gambar Gunung Kinabalu yang aku rakamkan di sekitar Labuan pada masa dan suasana yang berbeza. Diantara gambar Gunung Kinabalu terawal yang pernah aku rakamkan dari kampung Tanjung Aru Labuan, 19 September 2010. Pemandangan Gunung Kinabalu yang megah ketika matahari terbit dilihat dari Perkampungan Nelayan di Pulau Labuan F.T Malaysia., 17 Mei 2020. Gambar ini pernah tersenarai di dalam Asian Geographic Images of Asia Monthly Competition September 2020 Winners and Finalists Pemandangan dari Taman IOFC Kerupang Apartment., 18 Mei 2020. Menikmati sambil merakamkan pemandangan indah Gunung Kinabalu di jambatan Tanjung Aru diawal pagi.,