Menara Jam di Medan Selera baharu
Hari ini adalah hari pertama Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Setelah lebih sebulan Labuan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Hari ini, orang ramai mula keluar bertugas bagi sektor perkhidmatan perlu dengan kapasiti 60 peratus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Aku juga mula bertugas hari ini. Ketika dalam perjalanan aku ke tempat kerja. Aku sempat singgah di menara jam yang terletak bersebelahan Medan Selera. Aku tertarik untuk menggambar suasana di sana ketika itu. Ada simbolik tersembunyi yang aku nampak di jam tersebut. Sesuai dengan hari pertama terbebas dari PKPD.
Satu gambar yang cukup untuk aku menceritakan keadaan hari ini.
Jam 8 tepat menjadi waktu kebiasaan bagi semua orang memulakan tugas pejabat seperti aku. Kelihatan bulan tepat di atas menara jam seperti baru terbebas setelah sebulan berkurung, bekerja dari rumah mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Langit biru kosong bagai terasa sudah bebas tapi mungkin akan ada halangan yang tidak dapat dipastikan. Semoga segalanya baik - baik sahaja. Semoga Labuan pulih seperti dahulu.