Jangan Panik, Sehari sebelum 'Lockdown' bersasar di Labuan.

Hari ni aku terbaca di media sosial ramai yang terpaksa berbaris panjang di pasar - pasar raya kerana labuan bakal di 'Lock Down" secara bersasar.  Kebanyakan orang ramai keluar ke sana untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi bagi tempoh 14 hari yang diumumkan kelmarin. Bukanlah 'Panic buying' tetapi memang perlu. Aku hanya ke kedai runcit berhampiran rumah untuk mendapatkan bekalan makanan asas bagi mengelakkan berbaris panjang dan risiko tinggi ketika berada di tempat yang sesak dan ramai orang. Sampai di sini aku dapati kedai runcit kehabisan bekalan makanan asas.

Terpampang senarai barang yang sudah habis ditulis di kotak besar yang tersimpan di luar kedai oleh peniaga ini. Kebanyakannya adalah barang - barang asas. Mungkin kerana orang ramai juga tertumpu di kedai runcit kampung - kampung bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku.

Gas habis. Kita sedia maklum gas menjadi benda penting untuk kegunaan memasak. Labuan sekarang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan gas memasak. Mungkin kerana ada pembekal gas yang di kuarantin. Mungkin juga kurangnya bekalan dari tanah besar Sabah.


Makanan segera seperti maggie juga habis disapu licin.


Beras juga habis, yang hanya tinggal adalah sebungkus beras pulut.


Air minuman dalam botol juga habis licin dibeli pelanggan - pelanggan yang datang ke sini.


Keadaan rak telur yang kosong sedang menanti stok yang bakal mendatang.


Makanan 'frozen' yang berbaki dua plastik 'Chicken Chop'yang sekejap lagi mungkin akan licin.

Peniaga menunjukkan rak untuk susu manis dan gula yang kosong habis kerana ketiadaan stok ketika ini.


Alhamdulillah inilah saja hasilku di sini. Sebungkus tepung terakhir untuk aku, dapat lah dimakan oleh anak dan isteri ketika 'Lockdown'nanti. Semoga pihak berwajib juga tampil ke kampung - kampung bagi memastikan bekalan di kedai runcit kampung mencukupi. Ini adalah untuk mengelakkan orang ramai bertumpu di Pasar - Pasar Raya yang berkemungkinan sesak. Jangan hanya mengatakan 'jangan panik' tapi turun lah melihat keadaan yang sebenar.



Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan