'Lockdown' di bandar Labuan.
Hari ini adalah hari pertama Labuan dikenakan Sekatan Pergerakan (lockdown) secara bersasar oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid19 yang semakin membimbangkan. Bandar Labuan antara salah satu yang tersenarai untuk Sekatan Pergerakan (lockdown) bersasar dari lapan lokaliti di Wilayah Persekutuan Labuan yang dilaksanakan berkuat kuasa bermula dari 15 hingga 28 Jun 2021.
Tidak banyak yang dapat dikongsikan disini, memandangkan aku hanya duduk di bilik yang telah disediakan oleh syarikat tempat aku bekerja untuk aku bertugas.
Suasana bandar Labuan ketika ini sangat lengang. Terdapat pagar dawai besi yang direntangkan di atas jalan raya bagi mengawal keluar masuk ke kawasan bandar.
Ruang untuk aku bekerja. Alhamdulillah sangat selesa. Terima kasih kepada pihak pengurusan FPL kerana sentiasa peka dalam menjaga kebajikan kami.
Hotel Dorsett Grand Labuan yang kelihatan dari refleksi cermin dinding Parkson Ria di Kompleks Ujana Kewangan ketika matahari terbenam.
Suasana lengang di kawasan letak kereta Kompleks Ujana Kewangan yang kebiasaannya dipenuhi kereta -kereta pengunjung dan pekerja di bangunan ini.
Aku amat merindui suasana kesibukan pulau Labuan sebelum ni. Hiruk pikuk bandar yang penuh dengan aktiviti meriah dihujung minggu. Kehadiran pelancong - pelancong dari dalam dan luar negeri yang merancakkan ekonomi di sini, walaupun ianya hanya sebuah pulau yang kecil tetapi indah untuk dikunjungi.
Pandemik merubah segalanya. Bandar menjadi sunyi sepi. Jalan - jalan raya di kampung menjadi suram.
Walaupun ada sesetengah jalan raya kelihatan masih agak sibuk, tetapi sebenarnya itu hanyalah mereka yang ingin pergi mendapatkan vaksin dan yang pergi bekerja atas tiket 'ESSENTIAL service'. Bayangkan berapa banyak sekatan jalan yang perlu dilalui, satu orang satu kereta. Aku pasti masyarakat di sini patuh SOP. Sebelum ini pun, Labuan sudah hampir pulih.
Aku hanya pendatang di pulau ini, bermastautin mencari rezeki halal di sini sejak 20 lebih tahun yang lalu. Aku suka tinggal di sini.
Marilah kita sama - sama berdoa agar kita semua dihindari dari wabak yang mengancam nyawa. Semoga Labuan pulih seperti sediakala.
Kompleks Ujana Kewangan masih ditutup ketika ini kerana masih menanti arahan dari pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya. Mungkin akan dibuka tetapi untuk perkhidmatan yang terpilih sahaja. Kelihatan pengawal keselamatan sedang bertugas mengawal di pintu masuk bangunan.
Aku ditemani seorang rakan Eeuussooff Azam yang memang bekerja di Apartment ini. Rakan sebilik aku sedang menikmati makan tengahari.
Kelihatan seorang kanak - kanak sedang bermain di beranda rumahnya yang dapat dilihat dari tempat aku menginap.Kapal terbang milik TUDM lalu di ruang udara Labuan bagi membawa bantuan bekalan makanan asas ke sini.
Pekerja pembersihan dilihat sedang melalui jalan berhadapan tempat hotel aku menginap. Pada ketika ini perkhidmatan mereka tersenarai sebagai perkhidmatan penting bagi memastikan pulau Labuan sentiasa bersih.
Hotel Dorsett Grand Labuan yang kelihatan dari refleksi cermin dinding Parkson Ria di Kompleks Ujana Kewangan ketika matahari terbenam.
Suasana lengang di kawasan letak kereta Kompleks Ujana Kewangan yang kebiasaannya dipenuhi kereta -kereta pengunjung dan pekerja di bangunan ini.
Pandemik merubah segalanya. Bandar menjadi sunyi sepi. Jalan - jalan raya di kampung menjadi suram.
Walaupun ada sesetengah jalan raya kelihatan masih agak sibuk, tetapi sebenarnya itu hanyalah mereka yang ingin pergi mendapatkan vaksin dan yang pergi bekerja atas tiket 'ESSENTIAL service'. Bayangkan berapa banyak sekatan jalan yang perlu dilalui, satu orang satu kereta. Aku pasti masyarakat di sini patuh SOP. Sebelum ini pun, Labuan sudah hampir pulih.
Aku hanya pendatang di pulau ini, bermastautin mencari rezeki halal di sini sejak 20 lebih tahun yang lalu. Aku suka tinggal di sini.
Marilah kita sama - sama berdoa agar kita semua dihindari dari wabak yang mengancam nyawa. Semoga Labuan pulih seperti sediakala.
Aamiin Ya Robbal A'lamin.
STAY HOME , STAY SAFE, PRAY FOR LABUAN...