Hari terakhir PKPD Labuan

Suasana petang dihari terakhir PKPD 5 Sub Zon WP Labuan yang sempat aku rakamkan dari tempat aku tinggal di Taman Perumahan Ganggarak Permai. Tidak banyak yang dapat aku kongsikan kali ini cuma sekadar untuk tatapan generasi yang akan datang. 


Suasana tempat letak kereta yang kelihatan hampir penuh ketika ini kerana kebanyakan penduduk di sini bekerja dari rumah.


Seorang pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan di sekitar taman perumahan.


Penghantar makanan sedang memasuki kawasan perumahan untuk menghantar pesanan dari pemesan yang tinggal di kawasan ini.


Seorang budak perempuan sedang melihat suasana di luar rumah dari tingkap rumahnya.





Taman permainan yang kosong hanya kelihatan seekor anjing yang sedang melalui kawasan ini.



Esok akan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1. Mungkin suasana berbeza sedikit, orang ramai akan mula keluar bertugas bagi sektor perkhidmatan perlu dengan kapasiti 60 peratus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Harap semua patuh dengan SOP yang telah dikeluarkan bagi melandaikan penularan wabak covid19 yang sedang berlaku di sini. Keluar hanya jika perlu. Semoga kes Covid19 menurun dan Labuan Pulih seperti dulu.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan