Hari Ke 8 lockdown bersasar Labuan

Hari ini hari ke 8 lockdown bersasar dilaksanakan di Labuan. Aku keluar sebentar ke Kolej Matrikulasi Labuan untuk menghantar anak sulongku bagi mendapatkan vaksin Covid19. Aku sempat merakamkan suasana sibuk pada awal pagi di jalan menuju ke Kolej Matrikulasi Labuan

Kelihatan banyak kenderaan diletakkan di bahu jalan oleh orang ramai yang ingin mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan yang mula dibuka jumaat lalu untuk warga kampung secara 'walk-in' melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP). 



PPV ini mempunyai kapasiti 1,500 suntikan sehari bagi mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Labuan.



Bagi yang ingin mendapatkan vaksin secara 'walk-in' boleh lah datang ke sini. Semoga Labuan pulih seperti sediakala.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan