Posts

Showing posts from June, 2021

Menara Jam di Medan Selera baharu

Image
Hari ini adalah hari pertama Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Setelah lebih sebulan Labuan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Hari ini, orang ramai mula keluar bertugas bagi sektor perkhidmatan perlu dengan kapasiti 60 peratus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Aku juga mula bertugas hari ini. Ketika dalam perjalanan aku ke tempat kerja. Aku sempat singgah di menara jam yang terletak bersebelahan Medan Selera. Aku tertarik untuk menggambar suasana di sana ketika itu. Ada simbolik tersembunyi yang aku nampak di jam tersebut. Sesuai dengan hari pertama terbebas dari PKPD. Satu gambar yang cukup untuk aku menceritakan keadaan hari ini.  Jam 8 tepat menjadi waktu kebiasaan bagi semua orang memulakan tugas pejabat seperti aku. Kelihatan bulan tepat di atas menara jam seperti baru terbebas setelah sebulan berkurung, bekerja dari rumah mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Langit biru kosong baga

Hari terakhir PKPD Labuan

Image
Suasana petang dihari terakhir PKPD 5 Sub Zon WP Labuan yang sempat aku rakamkan dari tempat aku tinggal di Taman Perumahan Ganggarak Permai. Tidak banyak yang dapat aku kongsikan kali ini cuma sekadar untuk tatapan generasi yang akan datang.  Suasana tempat letak kereta yang kelihatan hampir penuh ketika ini kerana kebanyakan penduduk di sini bekerja dari rumah. Seorang pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan di sekitar taman perumahan. Penghantar makanan sedang memasuki kawasan perumahan untuk menghantar pesanan dari pemesan yang tinggal di kawasan ini. Seorang budak perempuan sedang melihat suasana di luar rumah dari tingkap rumahnya. Taman permainan yang kosong hanya kelihatan seekor anjing yang sedang melalui kawasan ini. Esok akan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1. Mungkin suasana berbeza sedikit, orang ramai akan mula keluar bertugas bagi sektor perkhidmatan perlu dengan kapasiti 60 peratus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Harap se

Hari Ke 8 lockdown bersasar Labuan

Image
Hari ini hari ke 8 lockdown bersasar dilaksanakan di Labuan. Aku keluar sebentar ke Kolej Matrikulasi Labuan untuk menghantar anak sulongku bagi mendapatkan vaksin Covid19. Aku sempat merakamkan suasana sibuk pada awal pagi di jalan menuju ke Kolej Matrikulasi Labuan .  Kelihatan banyak kenderaan diletakkan di bahu jalan oleh orang ramai yang ingin mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan yang mula dibuka jumaat lalu untuk warga kampung secara ' walk-in ' melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).  PPV ini mempunyai kapasiti 1,500 suntikan sehari bagi mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Labuan. Bagi yang ingin mendapatkan vaksin secara 'walk-in' boleh lah datang ke sini. Semoga Labuan pulih seperti sediakala.

'Lockdown' di bandar Labuan.

Image
Hari ini adalah hari pertama Labuan dikenakan Sekatan Pergerakan (lockdown) secara bersasar oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid19 yang semakin membimbangkan. Bandar Labuan antara salah satu yang tersenarai untuk Sekatan Pergerakan (lockdown) bersasar dari lapan lokaliti di Wilayah Persekutuan Labuan yang dilaksanakan berkuat kuasa bermula dari 15 hingga 28 Jun 2021.   Tidak banyak yang dapat dikongsikan disini, memandangkan aku hanya duduk di bilik yang telah disediakan oleh syarikat tempat aku bekerja untuk aku bertugas.  Suasana bandar Labuan ketika ini sangat lengang.  Terdapat pagar dawai besi yang direntangkan di atas jalan raya bagi mengawal keluar masuk ke kawasan bandar. Suasana pagi dari jendela bilik aku.. Alhamdulillah.. masih ada sinar.. semoga Labuan kembali pulih Keadaan sunyi di lobi Beta Service Apartment yang menjadi tempat aku menginap ketika ini. Kompleks Ujana Kewangan masih ditutup ketika ini kerana masih menanti arahan dari pihak berwajib untuk ti

Jangan Panik, Sehari sebelum 'Lockdown' bersasar di Labuan.

Image
Hari ni aku terbaca di media sosial ramai yang terpaksa berbaris panjang di pasar - pasar raya kerana labuan bakal di 'Lock Down" secara bersasar.  Kebanyakan orang ramai keluar ke sana untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi bagi tempoh 14 hari yang diumumkan kelmarin. Bukanlah 'Panic buying' tetapi memang perlu. Aku hanya ke kedai runcit berhampiran rumah untuk mendapatkan bekalan makanan asas bagi mengelakkan berbaris panjang dan risiko tinggi ketika berada di tempat yang sesak dan ramai orang. Sampai di sini aku dapati kedai runcit kehabisan bekalan makanan asas. Terpampang senarai barang yang sudah habis ditulis di kotak besar yang tersimpan di luar kedai oleh peniaga ini. Kebanyakannya adalah barang - barang asas. Mungkin kerana orang ramai juga tertumpu di kedai runcit kampung - kampung bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku. Gas habis. Kita sedia maklum gas menjadi benda penting untuk kegunaan memasak. Labuan sekarang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan be