Suasana lengang di UK Labuan ketika PKPD
Hari ini masuk hari yang ke 3 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di Labuan yang kini berstatus zon merah. Penularan wabak Covid19 di sini sangat kritikal dan amat membimbangkan. Aku berkesempatan merakamkan suasana lengang di Kompleks Ujana Kewangan Labuan untuk dikongsikan. Kebanyakan kedai - kedai di sini tutup, hanya kedai tersenarai sebagai perkhidmatan perlu sahaja yang mendapat kebenaran untuk buka.
Seorang petugas Pos Laju dilihat sedang melalui kawasan ruang legar yang kelihatan agak lengang tanpa pengunjung.
Kedai seperti Farmasi tersenarai sebagai kedai perkhidmatan perlu yang dibenarkan untuk beroperasi ketika ini.
Diantara kedai makanan segera yang buka di sini. Pada ketika ini aktiviti penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang.
Kedai - kedai yang dilihat tutup ketika ini. Untuk mengetahui lebih lanjut senarai -senarai kedai yang tutup dan buka di Kompleks ini kita boleh melayari laman web Financial Park Labuan ataupun laman Facebook rasmi FPL.Ada sesetengah peniaga yang melakukan jualan secara online sebagai alternatif lain ketika kedai mereka diarah tutup buat masa ini.
Pemeriksaan suhu badan di setiap pintu masuk ke kompleks ini sebagai langkah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan Covid19.