Semakan arah kiblat Masjid al-Muttakin Taman IOFC sempena fenomena Istiwa' Azam


Istiwa’ matahari merujuk kepada fenomena matahari yang berada pada kedudukan Zenith atau pun tegak di atas kepala.
Istiwa’ matahari terbahagi kepada 2 iaitu istiwa’ tempatan dan istiwa’ azam.
Istiwa’ tempatan berlaku di Latitud dan Longitud tempatan pada waktu yang berbeza-beza setiap hari.


Manakala Istiwa’ Azam pula berlaku apabila matahari berada tepat di atas Ka’abah, Mekah. Walaupun istiwa’ matahari berlaku setiap hari di atas Ka’abah dengan waktu tempatan (waktu Mekah) yang berbeza-beza setiap hari, fenomena ini hanya dapat dicerap daripada Malaysia 2 kali setahun sahaja iaitu pada 28 Mei (5:16 petang) dan 16 Julai (5:28 petang) waktu Malaysia)


Fenomena ini memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia untuk menyemak kedudukan Kiblat di kawasan masing-masing dengan menjadikan bayang yang terhasil daripada sinaran matahari ketika tepat pada waktu yang disebutkan di atas sebagai rujukan.
Bayang yang mengarah ke arah kiblat ialah bayang yang setentang dengan kedudukan matahari kerana sinaran matahari daripada barat menghasilkan bayang ke arah timur.
Walaubagaimanapun, proses mencerap bayang matahari tersebut tidak akan berjaya sekiranya masa pada jam tidak di tetapkan dengan waktu piawai yang betul kerana setiap minit kedudukan matahari akan berubah dan memungkinkan bayang tidak mengarah ke arah kiblat dengan tepat.
Tetapan masa boleh dibuat dengan merujuk kepada laman web SIRIM atau Time.is.
Selain itu pencerap memerlukan satu objek tegak 90 darjah pada permukaan rata bagi menghasilkan bayang yang lurus.


Petugas masjid yang juga imam masjid al- Muttakin memberi penerangan ringkas berkenaan Istiwa’ Azam.


Masjid merupakan mihrab utama kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah solat. Arah kiblat bagi masjid seharusnya lebih tepat berbanding tempat lain memandangkan ia merupakan rujukan utama umat islam yang berada di sekitarnya. Justeru semakan arah kiblat menggunakan fenomena ini adalah bagi memenuhi tuntutan syarak.

Ulasan ditulis oleh Ustaz Mohd Ridzuan, 
Unit Falak Pejabat Mufti WP Cawangan Labuan

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan