Persiapan menyambut Aidilfitri di Labuan (PKPP)

 

Tahun ini sama seperti tahun sebelumnya. Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan yang tidak membenarkan untuk merentas daerah mahupun negeri. Aku tidak balik ke kampung halaman dan akan menyambut hari raya di Labuan. Aku mengambil kesempatan untuk meninjau persiapan orang ramai menyambut Adilfitri. 
Di sini aku kongsikan sedikit gambar suasana orang ramai membeli belah pada hujung minggu di Kompleks Ujana Kewangan bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

Orang ramai mengambil kesempatan pada hujung minggu dengan mengunjungi pasaraya dan kedai pakaian sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. 

Seorang pengunjung dilihat memakai pelitup muka ketika sedang sibuk memilih pakaian bagi persiapan menyambut Aidilfitri.


Gelagat seorang pengunjung lelaki sedang memilih tudung untuk orang yang tersayang.


Pihak pengurusan Kompleks membeli belah ini menyediakan garisan untuk laluan pengunjung dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.



Warna - warni di Aidilfitri. Kelihatan baju melayu kanak - kanak lelaki dan baju kurung kanak - kanak perempuan dijual di sini.


Orang ramai dilihat sedang beratur mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan ketika hendak masuk dan keluar di Kompleks membeli belah di sini.  Pengawal keselamatan bertugas memeriksa suhu sebelum membenarkan mereka masuk.


Sekian dulu coretan ku untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca. Semoga keadaan pulih seperti biasa, aku ingin Pulang.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan