Labuan Indah dan Tenang
Diakhir Ramadhan lepas, aku berkesempatan untuk merakamkan suasana indah dari atas blok bangunan tempat aku bekerja. Suasana pagi yang mendamaikan dengan cuaca cerah dan jarak pemandangan yang jelas memberi peluang untuk aku merakamkannya. Di sini aku kongsi beberapa gambar untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang, Insha Allah.
Feri kenderaan Labuan - Menumbok yang menjadi pengangkutan penting menghubungkan Labuan dan tanah besar Sabah dilihat melalui kawasan perindustrian minyak dan gas di kawasan selatan Pulau Enoe.
Suasana laut yang tenang berhampiran kawasan perindustrian minyak dan gas.
Kapal - kapal laut berlabuh di hadapan pulau Papan berlatarbelakangkan Banjaran Crocker yang jelas kelihatan kerana cuaca cerah dengan jarak penglihatan yang sangat baik.
Kelihatan dua buah feri kenderaan yang sedang berlabuh di kawasan terminal feri RORO berlatarbelakangkan Kampung Patau - Patau Satu.
'Ship Loader' di kawasan Antara Steel Mills Kelihatan jelas berlatarbelakang Banjaran Crocker di kejauhan.
Kawasan pelabuhan Labuan yang kelihatan tenang dan selamat. Ianya merupakan salah satu pelabuhan penting di rantau asia berikutan lokasi yang strategik dan kedalaman air semula jadi. Ianya juga menjadi sumber ekonomi utama di Pulau ini.
Sekian dulu perkongsianku untuk kali ini, Terima Kasih kerana membaca, jumpa di entri yang akan datang.
. . . SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN . . .