Posts

Showing posts from May, 2021

Semakan arah kiblat Masjid al-Muttakin Taman IOFC sempena fenomena Istiwa' Azam

Image
Istiwa’ matahari merujuk kepada fenomena matahari yang berada pada kedudukan Zenith atau pun tegak di atas kepala. Istiwa’ matahari terbahagi kepada 2 iaitu istiwa’ tempatan dan istiwa’ azam. Istiwa’ tempatan berlaku di Latitud dan Longitud tempatan pada waktu yang berbeza-beza setiap hari. Manakala Istiwa’ Azam pula berlaku apabila matahari berada tepat di atas Ka’abah, Mekah. Walaupun istiwa’ matahari berlaku setiap hari di atas Ka’abah dengan waktu tempatan (waktu Mekah) yang berbeza-beza setiap hari, fenomena ini hanya dapat dicerap daripada Malaysia 2 kali setahun sahaja iaitu pada 28 Mei (5:16 petang) dan 16 Julai (5:28 petang) waktu Malaysia) Fenomena ini memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia untuk menyemak kedudukan Kiblat di kawasan masing-masing dengan menjadikan bayang yang terhasil daripada sinaran matahari ketika tepat pada waktu yang disebutkan di atas sebagai rujukan. Bayang yang mengarah ke arah kiblat ialah bayang yang setentang dengan kedudukan matahari keran

Suasana lengang di UK Labuan ketika PKPD

Image
Hari ini masuk hari yang ke 3 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di Labuan yang kini berstatus zon merah. Penularan wabak Covid19 di sini sangat kritikal dan amat membimbangkan. Aku berkesempatan merakamkan suasana lengang di Kompleks Ujana Kewangan Labuan untuk dikongsikan. Kebanyakan kedai - kedai di sini tutup, hanya kedai tersenarai sebagai perkhidmatan perlu sahaja yang mendapat kebenaran untuk buka. Seorang petugas Pos Laju dilihat sedang melalui kawasan ruang legar yang kelihatan agak lengang tanpa pengunjung. Kedai seperti Farmasi tersenarai sebagai kedai perkhidmatan perlu yang dibenarkan untuk beroperasi ketika ini. Diantara kedai makanan segera yang buka di sini. Pada ketika ini aktiviti penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang. Kedai - kedai yang dilihat tutup ketika ini. Untuk mengetahui lebih lanjut senarai -senarai kedai yang tutup dan buka di Kompleks ini kita boleh melayari laman web Financial Park Labuan  ataupun laman Facebook ras

Labuan Indah dan Tenang

Image
Diakhir Ramadhan lepas, aku berkesempatan untuk merakamkan suasana indah dari atas blok bangunan tempat aku bekerja. Suasana pagi yang mendamaikan dengan cuaca cerah dan jarak pemandangan yang jelas memberi peluang untuk aku merakamkannya. Di sini aku kongsi beberapa gambar untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang, Insha Allah. Feri kenderaan Labuan - Menumbok yang menjadi pengangkutan penting menghubungkan Labuan dan tanah besar Sabah dilihat melalui kawasan perindustrian minyak dan gas di kawasan selatan Pulau Enoe. Suasana laut yang tenang berhampiran kawasan perindustrian minyak dan gas. Kapal - kapal laut berlabuh di hadapan pulau Papan berlatarbelakangkan Banjaran Crocker yang jelas kelihatan kerana cuaca cerah dengan jarak penglihatan yang sangat baik. Kelihatan dua buah feri kenderaan yang sedang berlabuh di kawasan terminal feri RORO berlatarbelakangkan Kampung Patau - Patau Satu. 'Ship Loader' di kawasan Antara Steel Mills Kelihatan jelas berlatarbelakang Banjar

Persiapan menyambut Aidilfitri di Labuan (PKPP)

Image
  Tahun ini sama seperti tahun sebelumnya. Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan yang tidak membenarkan untuk merentas daerah mahupun negeri. Aku tidak balik ke kampung halaman dan akan menyambut hari raya di Labuan. Aku mengambil kesempatan untuk meninjau persiapan orang ramai menyambut Adilfitri.  Di sini aku kongsikan sedikit gambar suasana orang ramai membeli belah pada hujung minggu di Kompleks Ujana Kewangan bagi persiapan menyambut Aidilfitri. Orang ramai mengambil kesempatan pada hujung minggu dengan mengunjungi pasaraya dan kedai pakaian sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.  Seorang pengunjung dilihat memakai pelitup muka ketika sedang sibuk memilih pakaian bagi persiapan menyambut Aidilfitri. Gelagat seorang pengunjung lelaki sedang memilih tudung untuk orang yang tersayang. Pihak pengurusan Kompleks membeli belah ini menyediakan garisan untuk laluan pengunjung dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Warna - warni di Ai