Posts

Showing posts from April, 2021

Peregrine Falcon in flight

Image
Setelah bertahun lamanya mencari peluang untuk menggambar haiwan terpantas di dunia ketika ianya terbang, Alhamdulillah, diawal pagi jumaat, 18 Ramadhan 1442h, aku berjaya juga untuk mengambil gambarnya walaupun tidak seberapa sempurna, cukuplah untuk rekod simpananku. Burung ini dikenali sebagai Peregrine Falcon.  Ianya adalah sejenis burung pemangsa yang sangat pantas dan mempunyai kelajuan 390km/j.  Agak liar dan sangat pemalu. Ianya bukan burung tempatan di sini tetapi sudah agak lama ia menghuni bangunan ditempat aku bekerja dan selalu menjadi perhatianku selama bertahun-tahun. Ada musimnya, dia akan hilang berbulan-bulan dan akan kembali jua ke sini. Peregrine Falcon kelihatan bersama bulan dan sedang terbang pantas naik ke atas. Ia kelihatan seperti memahami keinginanku untuk menggambarnya setelah berkali - kali gagal.

Sepetang bersama anak - anak

Image
Petang sabtu sebelum Ramadhan tiba, aku meluangkan masa bersama anak - anak membawa mereka bermain di padang yang luas  bersebelahan Ujana Kewangan. Alhamdulillah, Iskandar Dzulqarnain hari ini sudah berusia hampir 3 tahun ditemani oleh kakak - kakaknya, Ain, Yaya dan Sasha. Dua lagi kakaknya Effa dan Ezza tidak  dapat bersama. Aku berkesempatan merakamkan suasana riang mereka untuk dijadikan kenangan apabila mereka besar kelak. Zulcar9 kelihatan sangat riang apabila terlepas untuk bermain di padang Sasha dan Yaya sedang bermain bola. Ibunya yang sibuk mengejar Yaya bersama zulcar9, Geng keras. Ain bersama zulcar9 Sasha berlari riang setelah berjaya menangkap belalang. Wajah penat setelah puas bermain di padang yang luas. Sekian dulu coretanku buat kali ini.