Posts

Showing posts from March, 2021

Merinding Trail Jalan Baru

Image
Aktiviti meneroka, membuat jalan baru untuk Merinding Trail di Labuan bagi menambahkan lagi jarak sekitar dalam Trail ini. Mereka merancang dan menjalankan program ini sejak bulan januari lepas dan sedang giat meneruskannya.   Aku sempat merakamkan usaha murni mereka bekerja keras membanting tulang di sini.  Bermula dengan kerja meninjau, menebas hutan dan sekarang ini sedang meratakan jalan untuk kemudahan para Hikers dan Mountainbikers pada masa yang akan datang. Kerja -kerja memotong tunggul akar. Usaha murni mereka dilaksanakan secara sukarela tanpa sebarang bayaran, malah mereka mengeluarkan sedikit kos sendiri untuk peralatan - peralatan yang digunakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap ramai lagi tampil membantu merealisasikan impian mereka, menyokong dari segi tenaga kerja dan lain - lain. Jarak asal Merinding Trail hanya sejauh 3.5 KM, sekiranya jalan baru ini siap ianya bakal menjadi 7 KM . Setakat ini baru 25% yang siap. Aktiviti mereka berjalan set