Kayak pancing di Labuan

Hujung minggu kali ini aku berkesempatan untuk merakamkan aktiviti memancing menggunakan kayak di Taman damai, pantai Layang - Layangan Labuan. Aktiviti memancing menggunakan kayak semakin mendapat minat ramai oleh kaki pancing di Labuan.  Bagi yang sukakan cabaran, mungkin aktiviti sebegini perlu dicuba.

Kalau dahulu aktiviti memancing tertumpu di tepi pantai dan di tengah laut hanya menggunakan bot. Tetapi pada masa kini pemancing ada alternatif lain dengan memancing menggunakan kayak.


Aspek keselamatan perlu dititikberatkan untuk melakukan aktiviti sebegini. Dari pemerhatian aku, rata - rata kayak yang mereka gunakan dilengkapi dengan ciri - ciri keselamatan. Kayak pancing memiliki rekaan yang lebar sedikit berbanding kayak biasa yang menjadikannya lebih stabil dan tidak mudah terbalik.





Pemancing dilihat menggunakan jaket keselamatan dan walkie-talkie ketika hendak melakukan aktiviti ini secara berkumpulan. GPS dipasang untuk mengesan lokasi yang hendak di tuju.

Ada sesetengah pemancing yang sudah memasang alat 'fish finder' yang menggunakan sistem sonar bagi mengesan lokasi karang dan ikan dengan lebih tepat.



Oleh kerana rekabentuk kayak yang ringan ia mudah dibawa ke mana - mana. Ianya juga boleh diangkut dan ditarik dengan menggunakan motosikal.

kredit gambar oleh Redzuan Pakent

Hasil lumayan dari salah seorang pemancing (Redzuan Pakent) pada hari ini dengan menggunakan kayak pancing miliknya.


Semoga aktiviti ini akan menjadi aktiviti yang bermanfaat bagi penduduk di sini. Sambil beriadah, sambil mencari rezeki. Sekian dulu coretanku untuk hari ini, terima kasih kerana sudi membaca.

#kayakfishing #kayakpancingdilabuan













Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan