Kayak pancing di Labuan
Hujung minggu kali ini aku berkesempatan untuk merakamkan aktiviti memancing menggunakan kayak di Taman damai, pantai Layang - Layangan Labuan. Aktiviti memancing menggunakan kayak semakin mendapat minat ramai oleh kaki pancing di Labuan. Bagi yang sukakan cabaran, mungkin aktiviti sebegini perlu dicuba. Kalau dahulu aktiviti memancing tertumpu di tepi pantai dan di tengah laut hanya menggunakan bot. Tetapi pada masa kini pemancing ada alternatif lain dengan memancing menggunakan kayak . Aspek keselamatan perlu dititikberatkan untuk melakukan aktiviti sebegini. Dari pemerhatian aku, rata - rata kayak yang mereka gunakan dilengkapi dengan ciri - ciri keselamatan. Kayak pancing memiliki rekaan yang lebar sedikit berbanding kayak biasa yang menjadikannya lebih stabil dan tidak mudah terbalik. Pemancing dilihat menggunakan jaket keselamatan dan walkie-talkie ketika hendak melakukan aktiviti ini secara berkumpulan. GPS dipasang untuk mengesan lokasi yang hendak di tuju. Ada sesetengah pe