Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Labuan

Hari pertama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di Labuan. Aku tidak bertugas di pejabat, tetapi dipanggil ke pejabat untuk melakukan sedikit tugasan. Sampai di Kompleks Ujana Kewangan, aku mengambil kesempatan untuk merakamkan suasana PKP dengan keadaan Kompleks membeli belah yang agak lengang. Di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang kelak.

Pekerja keselamatan sedang bersiap sedia menanti kemasukan orang ramai yang ingin memasuki Kompleks membeli belah ini.


Keadaan Food Court yang kosong ketika ini

Kelihatan seorang pekedai sedang menanti pelanggan di kedai makannya. Ketika PKP pelanggan hanya dibenarkan membeli makanan secara bungkus dan bawa balik.



Hanya kedai yang tertentu sahaja dibenarkan beroperasi ketika ini.


Keadaan kompleks membeli belah yang lengang.



Bank-bank dibenarkan beroperasi dengan mengikut SOP ketat yang telah diberikan oleh kerajaan.







Kedai makanan segera yang buka ketika ini. Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran.


Kedai farmasi juga antara kedai yang dibenarkan untuk menjalankan perniagaan.

Dapat dilihat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ada kedai yang tutup dan juga ada yang beroperasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pemilik kedai juga boleh memeriksa status perniagaan mereka melalui laman sesawang https://www.miti.gov.my/ samada dibenar beroperasi ataupun tidak. Sekian dulu perkongsian untuk kali ini.


Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan