Musim Bubuk di Labuan
Udang geragau atau dikenali sebagai 'bubuk' oleh masyarakat tempatan kebiasaannya bermusim diantara disember hingga mac. Ianya memberi pendapatan tambahan kepada nelayan tempatan. Rata-rata nelayan di sini tidak melepaskan peluang untuk menangkap dan menjual bubuk kerana pemintaannya yang tinggi ketika tiba musimnya. Hari ini aku berkesempatan untuk meninjau sendiri suasana di Kg. Tanjung Aru Labuan ketika musim bubuk tiba.
Hasil tangkapan dibawa naik untuk dijual kepada penduduk di sini. Ada juga peraih yang sudah bersiap sedia untuk memajak hasil tangkapan itu.
Seorang peraih dilihat sedang menarik naik bekas yang penuh berisi bubuk untuk di jual di pasar.
Bubuk di isi ke dalam plastik dan dijual dengan harga rm8 sekilo di sini.