Blok Misteri yang Indah

Blok bangunan yang kosong di dalam sebuah Kompleks membeli-belah di tengah pusat bandar Labuan. Aku terasa terpanggil untuk naik sendiri, melihat sendiri keadaan bangunan ini. Rupa di luar nampak indah dan gah tetapi di dalam tiada penghuni. Sehinggakan ada yang tidak mengetahui kewujudan bangunan ini. Terbiar kosong sejak tahun 1996 sejak ianya siap dibina. Bangunan ini bakal dibangunkan semula menjadi sebuah bangunan pejabat yang moden. Aku rakamkan sedikit kenangan untuk masa yang akan datang.

Kebetulan pula seorang rakan sekerjaku Lausing bertugas untuk membuat pemeriksaan dan mengambil gambar keadaan barang-barang di dalamnya. Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan sendiri keadaan di sini sambil menemani sahabatku kerana tidak mahu membiarkannya berseorangan memanjat bangunan setinggi 15 tingkat yang masih belum ada kemudahan lif.

Kawasan tangga yang gelap kerana belum ada kemudahan elektrik di sini. Permukaan tangga yang licin dan gelap membuatkan kami perlu berhati -hati ketika hendak naik dan turun di kawasan ini.

Kelihatan luas kerana masih kosong. Mungkin bangunan ini juga sesuai dijadikan panggung wayang atau pun foodcourt?, Mudah dikunjungi oleh orang awam untuk sama-sama menikmati keindahan panorama Labuan dari bangunan yang tertinggi di Pulau ini.

Kerana telah lama terbiar, ada sebahagian tingkatnya yang sudah berpenghunikan kelawar.

Lausing melakukan tugasan yang diberikan. Memeriksa keadaan barang-barang yang telah terbiar lama sambil merekodkan dengan lensa kameranya.



Ternyata pemandangan di sini sangat menarik dan segar kerana mungkin ada sudut-sudut yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Struktur binaannya menggunakan kaca sebagai dinding dan berbingkai menjadikannya nampak menarik. Penyewa pejabat yang bakal menghuni pasti akan teruja melihat pemandangan di sini. 

Kelihatan kapal-kapal berlabuh di pelabuhan labuan. Mungkin ianya juga dapat dilihat dari blok bangunan bersebelahan, tetapi dari sudut yang berbeza.



Kali ini aku biarkan gambar bercorak hitam putih untuk dijadikan sebagai kenangan. Sekian dulu coretanku untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan