Posts

Showing posts from January, 2021

Musim Bubuk di Labuan

Image
Udang geragau atau dikenali sebagai 'bubuk' oleh masyarakat tempatan kebiasaannya bermusim diantara disember hingga mac. Ianya memberi pendapatan tambahan kepada nelayan tempatan. Rata-rata nelayan di sini tidak melepaskan peluang untuk menangkap dan menjual bubuk kerana pemintaannya yang tinggi ketika tiba musimnya. Hari ini aku berkesempatan untuk meninjau sendiri suasana di Kg. Tanjung Aru Labuan ketika musim bubuk tiba. Hasil tangkapan dibawa naik untuk dijual kepada penduduk di sini. Ada juga peraih yang sudah bersiap sedia untuk memajak hasil tangkapan itu. Seorang peraih dilihat sedang menarik naik bekas yang penuh berisi bubuk untuk di jual di pasar. Bubuk di isi ke dalam plastik dan dijual dengan harga rm8 sekilo di sini. Bubuk yang baru sampai dari laut kelihatan sangat segar. Kebiasaanya bubuk ini akan diproses menjadi belacan atau cencaluk. Ada juga yang gemar membuat cucur bubuk untuk dijadikan sarapan pagi atau minum petang.

Blok Misteri yang Indah

Image
Blok bangunan yang kosong di dalam sebuah Kompleks membeli-belah di tengah pusat bandar Labuan. Aku terasa terpanggil untuk naik sendiri, melihat sendiri keadaan bangunan ini. Rupa di luar nampak indah dan gah tetapi di dalam tiada penghuni. Sehinggakan ada yang tidak mengetahui kewujudan bangunan ini. Terbiar kosong sejak tahun 1996 sejak ianya siap dibina. Bangunan ini bakal dibangunkan semula menjadi sebuah bangunan pejabat yang moden. Aku rakamkan sedikit kenangan untuk masa yang akan datang. Kebetulan pula seorang rakan sekerjaku Lausing bertugas untuk membuat pemeriksaan dan mengambil gambar keadaan barang-barang di dalamnya. Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan sendiri keadaan di sini sambil menemani sahabatku kerana tidak mahu membiarkannya berseorangan memanjat bangunan setinggi 15 tingkat yang masih belum ada kemudahan lif. Kawasan tangga yang gelap kerana belum ada kemudahan elektrik di sini. Permukaan tangga yang licin dan gelap membuatkan kami perlu berhati -hati keti

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Labuan

Image
Hari pertama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di Labuan. Aku tidak bertugas di pejabat, tetapi dipanggil ke pejabat untuk melakukan sedikit tugasan. Sampai di Kompleks Ujana Kewangan, aku mengambil kesempatan untuk merakamkan suasana PKP dengan keadaan Kompleks membeli belah yang agak lengang. Di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang kelak. Pekerja keselamatan sedang bersiap sedia menanti kemasukan orang ramai yang ingin memasuki Kompleks membeli belah ini. Keadaan Food Court yang kosong ketika ini Kelihatan seorang pekedai sedang menanti pelanggan di kedai makannya. Ketika PKP pelanggan hanya dibenarkan membeli makanan secara bungkus dan bawa balik. Hanya kedai yang tertentu sahaja dibenarkan beroperasi ketika ini. Keadaan kompleks membeli belah yang lengang. Bank-bank dibenarkan beroperasi dengan mengikut SOP ketat yang telah diberikan oleh kerajaan. Kedai makanan segera yang buka ketika ini. Mereka juga menye

Selamat Tahun Baru 2021

Image
Hari ini adalah hari pertama memulakan tugas ditahun baru 2021. Sampai saja di pejabat, aku disajikan pemandangan indah dari atas bangunan pejabat di Ujana Kewangan blok 4. Jarak pemandangan hari ini ialah 9.7KM mengikut weather.com. Di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar pemandangan indah dari tingkat 14 blok 4 Ujana Kewangan Labuan. Laut kelihatan agak tenang. Banjaran Crocker dapat dilihat dibelakang pulau Papan. Kapal - kapal dagang berlabuh di hadapan Pulau. Pemandangan di pulau Enoe yang terletak di kawasan selatan Pulau Labuan. Ianya meliputi kawasan - kawasan pelabuhan serta industri perkapalan, minyak dan gas yang menjadi nadi penyumbang ekonomi terbesar kepada Pulau ini. Kapal-kapal berlabuh di hadapan Labuan Shipyard & Engineering menanti giliran untuk diperbaiki. Kelihatan Pulau Rusukan Besar dan Rusukan Kecil dibelakang kawasan ini. Sekian dulu untuk perkongsian kali ini. Semoga semua success selalu dan terpelihara dari segala bencana.