Pantai Kenangan Bongawan
Awal pagi ini aku berkesempatan untuk meronda-ronda di pantai kenangan yang terletak di kampung Biau Bongawan yang juga kampung halamanku. Pemandangan indah gunung Kinabalu dapat di lihat dari sini kerana cuaca yang cerah dengan jarak penglihatan persekitaran yang sangat baik ketika ini. Aktiviti riadah berbasikal di tepi pantai Kenangan berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang kelihatan jelas pada awal pagi. Destinasinya yang terletak kira-kira 30 minit dari pekan Papar ini mempunyai daya tarikannya tersendiri terutamanya pada waktu matahari terbenam dan terbit. Keindahan panorama pantai ini menjadikan ianya destinasi pilihan penduduk setempat dan pelancong dari luar Sabah untuk menjalankan pelbagai aktiviti santai. Hari ini aku tidak berpeluang untuk mengambil gambar ketika matahari terbenam di sini. Insha Allah sekiranya ada masa aku akan datang ke sini lagi.