Labuan Pulau yang Bersih

Hari ini hampir lebih 20 tahun aku berhijrah dan bermastautin di pulau Labuan ini untuk mencari rezeki. Labuan mempunyai lanskap persekitaran yang indah dan mendamaikan, ditambah lagi dengan pemandangan menarik ketika matahari terbit dan terbenam di tepian pantai kerana pulau Labuan di kelilingi oleh laut. 

Boleh dikatakan pulau Labuan ini sangat bersih. Dari mula-mula sampai di sini aku selalu memerhatikan kebersihan di setiap pelusuk pulau ini. Jarang sekali aku jumpa sampah berselerak di tepi jalan rayanya. 

Kali ini, aku ingin kongsikan sedikit coretan kenapa PULAU LABUAN BERSIH.


Jalan raya kampung Merinding yang indah dan bersih diapit oleh pokok-pokok samanea saman yang rimbun.


Setiap hari dapat dilihat pekerja-pekerja pembersihan akan melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang jalan-jalan yang terdapat di Pulau Labuan ini.


Ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula pada 18 mac lalu sehingga kini bagi membendung penularan wabak Covid19, petugas-petugas pembersihan bertugas setiap hari seperti biasa. Bagi aku, mereka ini juga layak mendapat gelaran Petugas Barisan Hadapan.


Petugas pembersihan sedang memegang surat pengesahan bertugas oleh majikannya bagi melancarkan urusan tugas mereka ketika PKPB.
 
Mereka akan memastikan pulau ini bebas daripada sampah.



Kelihatan jalan raya dengan lanskap menghijau yang sangat bersih.



Selain dari jalan raya yang bersih, Pesisir pantai disini juga bersih.
bagi mengekalkan kebersihan itu, sudah pasti ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kebersihan kawasan itu. 


Kelihatan petugas pembersihan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan pantai selalu menjadi tumpuan bagi sekitar bandar Labuan.


Aku sempat mengambil gambar seorang petugas pembersihan ketika dia sedang berehat dan memohon keizinannya untuk aku kongsikan di sini.
Bagi beliau tugasan itu adalah satu amanah. Dia akan memastikan kawasan jagaannya sentiasa bersih. Beliau mengambil upah sebanyak RM950 sebulan untuk tugasannya setiap hari kecuali hari ahad hanya utk setengah hari.
Semoga beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik, Insha Allah.

Terima Kasih kerana membaca, sekian dulu untuk kali ini. Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan bagi mengekalkan tahap kebersihan  yang tinggi di Pulau Labuan yang tercinta ini.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

EX5 Dream fi 110 Modified III

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Honda RS150R modified

LED Skrin besar di Dataran Labuan